Isnin, 5 Oktober 2009

BETAPA PERLUNYA PELABUR BARU BUAT THE REDS

Penyerang sensasi Liverpool & Sepanyol, Fernando Torres, kelabnya banyak bergantung kpdnya utk mencari gol.

Tewas 0-2 kpd musuh ketat Chelsea di Stamford Bridge mlm tadi bermakna kini Liverpool telah mengalami 3 kali tewas. Secara matematik sesebuah pasukan yg ingin bergelar juara EPL tidak boleh mengalami kekalahan lebih dari 5 kali, kini The Reds tinggal 2 lagi (musim lalu hanya tewas 2 kali). Dlm pd itu The Big Four hanya boleh menerima kekalahan sesama mereka tetapi tidak dari kelab2 kelompok tengah & bawah liga, jika ini berlaku maka peluang utk menjuarai EPL amat pudar.

Liverpool terpaksa mengakui bahawa pemain yg mereka ada belum mencukupi membolehkan mereka bergelar sebagai juara EPl, ini adalah hakikat yg patut diterima oleh semua para peminat kelab kelahiran The Beatles itu. Utk memiliki pemain2 bertaraf dunia mestilah memerlukan sumber kewangan yg kukuh. Sesebuah kelab The Big Four tidak mampu utk bersandarkan kpd hanya sebilangan kecil pemain. Bagi saya Liverpool byk bergantung kpd prestasi Steven Gerrard & Fernando Torres manakala pemain2 lain menyinar hanya sekali-sekala. Formula ini sama sekali tidak memihak kpd Liverpool.

Mahu atau tidak Tom Hicks & George Gillet (pemilik saham terbesar) mesti mencari pelabur baru yg mempunyai sumber kewangan utk membeli pemain2 bertaraf dunia ke Anfield apatah lagi Liverpool turut merancang utk membina stadium baru yg lebih besar kapasitinya. Bahagian pertahanan adalah merupakan bahagian paling rapuh dlm skuad The Reds musim ini manakala midfield & serangan byk bergantung kpd Gerrard & Torres, yg lain lebih kpd 'watak tambahan'.
Lihat Man Utd & Chelsea membangun skuad mereka dgn sumber kewangan mereka. Dari penjaga gol hinggalah kpd penyerang, mereka mempunyai pemain bertaraf dunia termasuk yg duduk di bangku simpanan. Kekuatan yg ada pd Man Utd & Chelsea setakat ini hanya 70% drp kekuatan sebenar mereka kerana beberapa pemain bertaraf dunia masih belum beraksi sepenuhnya.

Bagi Man Utd mereka masih belum memperguna sepenuhnya kehebatan Michael Owen, Park Ji Sung, Owen Hangreave, Michael Carrick mahupun Valencia. Manaka Chelsea pula belum melihat kelibat Solomon Kalou, Deco & Joe Cole, pemain2 ini hanya menunggu masa utk memberi kuasa tambahan kpd kelab masing2. Lihat Liverpool, apakah ada faktor ini? Jawabnya, TIADA. Bagaimana jika Gerrard, Torres, Glen Johnson atau Jamie Garranger cedera atau digantung? Masalah besar kpd Rafael Banitez.

Saya bersimpati kpd Banitez kerana menghadapi masalah kekurangan sokongan wang tunai dari pemilik kelab. Janji hanya tinggal janji. Dari musim ke musim kedua2 taikun dari negara Uncle Sam itu berjanji kpd Banitez utk memberikan budget besar utk membeli pemain, hingga ke hari ini semuanya hanya sebuah fatamorgana.
Jika Liverpool tewas 2 kali lagi dlm liga maknanya harapan utk melihat kelab paling berjaya di England pd abad ke 20 itu menjuarai EPL pd alaf baru ini akan tinggal angan2. Sekali lagi saya tegaskan bahawa Liverpool mesti mencari pelabur baru yg kaya raya agar dpt membantu memperkukuhkan skuad yg sedia ada. Hicks & Gillet hendaknya jgnlah terlampau terbawa2 dgn perangai sebagai 'org Amerika' yg keras kepala, mementing keuntungan diri sendiri dari kepentingan kelab & peminat.

Prof: Saya senghaja tidak membawa faktor Arsenal kerana kelab ini bukan setakat memiliki pemain2 berbakat malah seorg professor iaitu Arsene Wanger. Saya akan mengupas mengenai individu ini dlm post yg lain.

Tiada ulasan: