Sabtu, 10 Oktober 2009

ASHFAQ ALI TERCALON AFC PLAYERS OF THE YEAR 2009

Ashfaq Ali aka 'Dhagandey'.

Salah satu keluaran DPMM FC Match Report yg menyiarkan aksi Ashfaq sebagai hiasan muka depan (cover).

Suasana biasa setiap kali sebaik sahaja Ashfaq menjaringkan gol, rakan2 sepasukan pasti mengerumuninya.

Satu lagi aksi lincah Ashfaq walaupun dlm keadaan hujan lebat.


Kenangan abadi & akan tersimpan dlm lipatan sejarah DPMM FC. Ashfaq Ali, Iordan Stoykov, Abdel Hakim el-Bahloul & Fazeel Ibrahim.

Bekas pemain import DPMM FC dari Maldives, Ashfaq Ali telah tercalon utk memenangi anugerah tahunan AFC Player of The Year 2009. Masihkah anda ingat dgn Ashfaq? Beliau hadir bersama2 rakan senegara iaitu Fazeel Ibrahim selama 3 bulan (Okt-Dis 2007) bagi musim Liga Super 2007/2008 ketika Iordan Stoykov mengambil-alih tugas selaku Jurulatih DPMM FC.

Walaupun cuma seketika namun Ashfaq dpt mencuri perhatian para peminat bola sepak tempatan dan Malaysia dgn aksi2 cemerlangnya terutama kebolehan beliau mengelecek pemain2 lawan. Kehebatan beliau itu turut dikongsi bersama oleh Ketua Jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah ketika saya bersembang2 dgn belai di Alor Setar tahun lalu.

Paling menarik ialah jaringan solo Ashfaq ketika DPMM FC bertandang ke Stadium Utama, Kangar, Perlis yg disiarkan secara langsung oleh RTM. Jaringan tersebut cukup menarik malah ada pengkritik mengatakan bahawa jaringan serupa itu hanya datang sekali dlm 10 tahun apatah lagi ianya (aksi tersebut) dilakukan dlm kancah Liga Super Malaysia. Malangnya 'jodoh' Ashfaq bersama DPMM FC tidak lama kerana pemain tersebut terpaksa kembali ke Maldives atas sebab2 peribadi.

Ashfaq, 24 tahun, kini mewakili VB Sport Club dlm Liga Maldives dan telah menjaringkan sebanyak 36 gol utk musim ini dan membantu kelab tersebut menjuara Piala FA. Mampukah Ashfaq menandingi pemain2 dari Korea, Jepun, China, Arab Saudi, Uzbekistan, Iran & lain2 negara gergasi Asia utk anugerah berprestij itu? Sama2 kita nantikan.

Prof: Teringat kenangan bersama beliau & DPMM FC ketika mengadakan perlawanan persahabatan di Labuan. Saya bertanya adakah beliau mabuk laut ketika dlm feri. Jawab Ashfaq, "Di Maldives saya hari2 naik feri,". Hahaha saya lupa bahawa pengangkutan utama di Maldives ialah bot atau feri. Saya malu sendiri.

Tiada ulasan: