Sabtu, 22 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAQ

Maka hari ini Sabtu 1 Ramadan 1430 Hijrah bersamaan 22 Ogos 2009 Masehi, bermulalah kita umat Islam menunaikan ibadah puasa. Semoga apa jua ibadah yg kita laksanakan dlm bulan yg mubaraq ini akan diterima Allah swt. Bagi sebahagian negara2 Islam di dunia bukan shj bola sepak malah semua aktiviti sukan telah terhenti kerana menghormati bulan yg mulia ini di samping memberi kesempatan kpd umat Islam utk lebih menjurus kpd melakukan pelbagai ibadah spt solat wajib, solat tarawih, kia mulail, zikir, marhaban, solat2 sunat dan pelbagai lagi.

Namun kpd umat Islam di negara2 bukan Islam cabaran mereka lebih hebat lagi kerana mereka terpaksa melakukan aktiviti mereka spt biasa umpamanya pemain bola sepak professional di negara2 Eropah & pemain2 bola keranjang di Amerika. Saya cukup hormat kpd mereka kerana walaupun dlm bulan Ramadan tetapi mereka tetap menunaikan ibadah wajib itu sambil bermain spt biasa.

Antara nama2 besar dlm bola sepak Eropah yg beragama Islam ialah Frank Ribery (Bayern Munich/Perancis), Nicolas Anelka (Chelsea/Perancis), Salomoun Kalou (Chelsea), Mohammed Sisoko (Juventus) dan ramai lagi yg tidak diketahui umum. Mereka2 ini jugalah yg telah menjadi 'duta kecil' kpd agama suci Islam. Kita doakan mereka tetap tabah menunaikan kewajipan fardu Ramadan sambil menjadi pemain bola sepak professional yg berjaya.

Kpd pemain2, pegawai2 pasukan/kelab & penggiat sukan bola sepak di Brunei DS diharap sempena tibanya bulan Ramadan ini dptlah kita melihat ke dlm diri apakah yg akan dilakukan selepas ini. Jika terdpt apa2 kesilapan maka perbetulkan atau jika terjebak kedlm apa2 kamelut maka bermaaf2an lah demi kebaikan diri kita sendiri & juga sukan bola sepak secara umumnya. Adalah lebih mulia jika kita bersangka baik antara sesama dari meneruskan pertikaian yg sudah semestinya tidak mendtgkan apa2 hasil kpd bola sepak kita.

Prof; Fandi Ahmad dulu pernah merasai bagaimana merayakan hari raya aidilfitri kebetulan pd hari beliau terpaksa bermain bagi kelabnya Gronigen dlm Liga Belanda. Sesiapa yg kenal Fandi boleh tanyakan kpd beliau lebih mendlm.

1 ulasan:

Pyanhabib berkata...

selamat meraikan ramadan yang barakah buat saudara sekeluarga.
(anak berapa sekarang?)