Ahad, 23 Ogos 2009

KL TEWAS JUA AKHIRNYA DITANGAN KEDAH (VETERAN)

Kelihatan skuad Veteran Kedah dgn piala kemenangan mereka setelah menumpaskan
Veteran KL.


Diberitakan minggu lalu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah bahawa pasukan veteran negeri Jelapang Padi itu telah berjaya menewaskan pasukan Wargakota Kuala Lumpur dgn kesudahan penalti 7-6 setelah tamat masa seri 3-3. Saya utarakan berita ini adalah semata2 utk memberitahu kpd peminat bola sepak di Brunei bahawa kita sepatutnya turut menganjurkan perlawanan yg serupa spt mana yg telah saya nyatakan dlm posting yg lalu.

Veteran Kedah lwn KL atas manifestasi pertembungan tradisi mereka dlm 3 perlawanan akhir Piala Malaysia 1987/88 & 89 yg kesemuanya dimenangi oleh KL. Manakala Piala Sultan Selangor telah beberapa tahun dianjurkan yg menemukan musuh tradisi Piala Malaysia iaitu Selangor 'The Red Giant' dan Singapura.

Dgn kapasiti saya sebagai Setiausaha Agong Penaja Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) setelah berbincang dgn ramai rakan2 AJK Penaja, VFA akan mengambil inisiatif menganjurkan perlawanan persahabatan skuad Final Piala Malaysia 1999 antara Brunei DS dan Sarawak. Walaupun terlewat insya-Allah pasti akan kami usahakan.

Berbalik kpd perlawanan antara veteran Kedah & KL, apa yg menarik ialah hampir kesemua pemain sezaman beraksi pd mlm itu. Kedah diketuai oleh Radhi Md Din dan pemain2 seangkatannya spt Ahmad Sobri Ismail, Farouk Ismail, Husin Jaafar, Khatul Anuar, Nizam Adzha, Manja Man, Mohd Ramli, Tan Cheng Hoe, V. Suresh, Idris Man, Koet Kit Heong & ramai lagi.

Sementara KL pula dikepalai oleh Fandi Ahmad bersama Razip Ismail, K. Gunalan, Shahrin Majid, Malek Awab, Mat Zan Mat Aris, Rashid Hassan, M. Pavalamani, Tang Siew Seng, Chow Siew Yai dan beberapa org lagi pemain bintang 80an mereka. DYMM Sultan Kedah telah sudi berangkat menyaksikan perlawanan dan seterusnya menyampaikan hadiah kpd kedua2 pasukan. Syabas Faridzul Kassim, individu yg berusaha menjayakan perlawanan tersebut (beliau juga merupakan bekas pemain Kedah & KL).

Prof; VFA harap mendpt sokongan & bantuan dari kedua2 belah pihak (Brunei & Sarawak) dlm rancangan menganjurkan perlawanan nostalgia itu nanti.

Tiada ulasan: