Isnin, 3 Ogos 2009

PENGAJARAN DARI 3 KAD MERAH - DPMM FC LWN HOME UTD

Suasana tegang tatkala pengadil akan membuat 'keputusan/hukuman' dlm perlawanan tersebut - gambar ihsan Bruneidaily.blogspot.com

1. Pemain - Cuba bersikap setenang mungkin apabila menghadapi 'provokasi' sama ada dari pemain lawan atau pun pengadil. Jika kita dpt mengatasinya maka mudah utk menewaskan lawan baik segagah mana pun mereka.

2. Pengadil - Walaupun pemain mungkin melakukan kesalahan yg berat namun pertimbangan seadil2 adalah dituntut dgn mengutamakan sukan bolasepak itu sendiri mengatasi emosi peribadi. Lainlah jika pengadil mempunyai 'agenda' tersembunyi. Fikirkan apakah natijahnya hasil dari keputusan kita kpd baki masa perlawanan, emosi penonton & reputasi diri serta liga di mana sesuatu perlawanan itu berlangsung.

3. Penonton/Pemerhati - Ambil iktibar dari kejadian ini. Sejak sekian lama Brunei DS menyertai Piala Malaysia, Liga Semi Pro & Liga Super di Malasyia tidak pernah berlaku perkara seperti ini. Jikapun nampak keputusan pengadil berat sebelah hanyalah dlm memberi sepakan percuma atau melayangkan kad kuning. Tetapi tidak pernah melayangkan 3 kad merah sekali gus & kpd ketiga2 pemain pertahanan.

Dari risikan yg saya jalankan dari 'sumber' yg layak dipercayai, saya yakin ada sesuatu yg tidak kena dlm seluruh insiden ini. Oleh itu berdasarkan pengalaman sejak 1983 membuat liputan Liga Malaysia & kejohanan2 antarabangsa yg lainnya, mengambil kira bagaimana kali terakhir Singapura beraksi dlm Liga Malaysia dan menjuarainya maka saya dengan ini memboikot & tidak akan sama sekali membuat liputan mengenai Liga S sehingga pihak penganjur melakukan sesuatu yg positif.

Prof: Terlalu banyak yg kami (wartawan) simpan yg tidak dpt disiarkan melalui mana2 media mengenai perkara ini demi menjaga nama baik pihak2 tertentu. Mungkin suatu hari nanti akan saya luahkan. Bye Bye Liga S.

Tiada ulasan: