Selasa, 11 Ogos 2009

BERMULALAH PESTA BOLA YG PANJANG

Mungkinkah negara baru akan menjualang Piala Dunia 2010?

Chelsea menewaskan Man Utd dlm Community Shield tanda bermulanya EPL Musim 2009/1010.

Dgn bermulanya liga di negara2 Eropah minggu lalu (Belgium & Perancis) serta kemenangan Chelsea ke atas Man Utd (4-1 melalui penalti) dlm Community Shield maka bermula jugalah satu musim bola sepak yg panjang. Sedar atau tidak, sebaik shj tamat liga pd tahun hadapan kita akan berpesta lagi apabila Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan akan berlangsung selama sebulan dari 11 Jun - 11 Julai 2010. Tamat shj Piala Dunia maka menyambut pula liga musim 2010/11. Perbualan kita tentang bola sepak hanya akan terhenti seketika pd musim panas 2011.

Selepas ini kancah bola sepak dunia akan dihiasi dgn warna-warni mengenai kelab mana akan mengungguli liga2 professional Eropah, negara mana yg akan menjuara Piala Dunia 2010 (Brazil, Itali, Sepanyol, Jerman, England atau...) dan pemain manakah yg paling menonjol dlm Piala Dunia. Berapa pula keuntungan yg akan diperolehi tuan rumah Afrika Selatan? Semuanya ini terus akan menyelubungi kehidupan seharian kita para peminat bola sepak.

Sementara liga2 yg baru bermula ini akan menjadi lebih menarik musim ini. Paling ketara ialah EPL. The Big Four akan mendpt cabaran baru dari Man City yg berbelanja besar membawa masuk ramai pemain2 handalan. Mampukah Man Utd, Liverpool, Chelsea & Arsenal mengekalkan status mereka sebagai kelab elit?

Sir Alex Ferguson awl2 lagi sudah membuat kenyataan 'down grade' terhadap rakan sejawat & bekas pemainnya yg menerajui kelab setempat iaitu Mark Huges. Bagi Ferguson tiada apa yg perlu dibimbangkan terhadap cabaran Man City musim ini, mereka hanya membazir wang tanpa matlamat jelas.

Selain Man City tiada kelab lain dlm EPL yg berbelanja besar dlm musim kemelesetan ekonomi saat ini, walaupun Man Utd memperoleh 80 juta paund hasil penjualan Cristiano Ronaldo ke Real Mandrid. Liverpool hanya sekadar membeli Glen Johnson & Alberto Aguilani, Chelsea tidak mengeluarkan wang utk pemain2 bintang dan begitu juga dgn Arsene Wenger & Arsenal, terus mengharapkan gandingan sedia ada membawa cabaran menafikan kemenangan ke empat berturut2 Man Utd dalm EPL.

Liga2 lain di Eropah kurang menarik selain La Liga di Sepanyol. Itupun tumpuan peminat hanya kpd Barcelona & Real Madrid. Hanya satu persoalan yg timbul dlm La Liga, mampukah 'Galatico II' Madrid menumpaskan Barcelona? Kelab2 lain dlm La Liga saya kira berada sedikit terbwh dari dua gergasi ini.

Manakala liga2 negara lain kurang menarik termasuklah Sierie A Itali. Akibat pengurusan sistem liga yg kurang berkesan & ditambah masalah rasuah yg masih mencengkam Sierie A maka liga ini akan terus berada di bawah EPL & La Liga. Berada di atas menjadi tumpuan ialah Inter Milan, AC Milan & Juventus, kejuaraan liga akan ditentukan oleh tiga kelab gergasi Itali ini.

Bundesliga juga tidak sehebat EPL & La Liga. Juga menampilkan satu persoalan tradisi iaitu apakah Bayern Munich mampu merampas kembali takhta Bundesliga daripada Wolfburg? Dilihat dari barisan pemain yg mereka miliki mungkin Bayern mampu kembali bertakhta itupun terpulang kpd sama ada Frank Ribery dpt bertahan di sana ataupun berpindah ke Real Madrid dlm beberapa bulan mendatang.

Maaf kpd liga2 negara lain di Eropah. Kesemua mereka tidak dpt menandingi kehebatan EPL dan La Liga sama ada dari segi mutu dan karisma tarikan penonton. Kini sukan bola sepak sudah menjadi satu perniagaan yg bernilai billion dollar, bukan lagi permainan memenuhi masa lapang, ianya benar2 perniagaan secara total. Selamat menonton & berpesta.

Prof: Fikir2kan lah. Di tahap mana bola sepak kita? Kpd penjawat2 persatuan bola sepak baik benua, serantau, kebangsaan & kelab carilah jln bagaimana utk meningkat mutu bola sepak kita. Selamat berjuang!

Tiada ulasan: