Sabtu, 29 Ogos 2009

AL-FATIHAN BUAT ALLAHYARHAM KAPT. (B) ABD HALIM ABD HAMID (BEKAS PENGADIL FIFA)

Allahyarham Kapt (B) Abd Halim bin Abd Hamid, seorg pengadil yg berwibawa & dihormati.

Kita dikejutkan lagi dgn kembalinya ke rahmatullah bekas pengadil FIFA iaitu Allahyarham Kapt (B) Abd Halim Abd Hamid dlm usia yg masih muda 47 tahun pd 27 Ogos 2009 lalu di rumahnya di Kangar, Perlis, Malaysia.

Sepenjang hayat beliau sebagai pengadil bola sepak yg berwibawa, beliau telah mencapai tahap tertinggi bagi mana2 pengadil di Malaysia dan rantau ini apabila terpilih hingga ke Piala Dunia 1998 di Perancis. Paling dikenang adalah ketika beliau bertugas sebagai pembantu pengadil dlm perlawanan pusingan kedua antara England & Argentina di mana David Beckham telah dibuang padang.

Selain itu Allahyarham adalah pengadil tetap perlawanan2 Piala Malaysia & Liga M dan acap kali mengadili perlawanan2 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Ramai juga teman2 beliau di Brunei yg dikenali secara dekat dan saya boleh mengatakan bahawa beliau sangat meminati pasukan Brunei DS yg menjuarai Piala Malaysia 1999. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah swt & di tempatkan di sisi org2 yg soleh. Al-Fatihah.

Prof: Baru saja kita kehilangan Nazree Abdullah, seorg lagi pengadil yg berwibawa & dihormati oleh pasukan2 di Malasyia mahupun antarabangsa. Menyimpan kenangan dgn Allahyarham Abd Halim dlm Piala Malaysia 1998.

1 ulasan:

wanienordin berkata...

allahyarham mmg seorang yang sangat penyayang..sepanjang 2 tahun berada dekat dgnnya,,saya berasa seolah2 dia merupakan ayh saya juga..love u uncle halim..