Khamis, 6 Ogos 2009

FINAL U-14 - PIP LWN MUARA VELLA FC

Apa dah jadi dgn Sekolah Sukan? Walaupun berjaya layak ke separuh akhir akan tetapi kalah dgn agg 2-11 kpd PIP mengambarkan segala2. Mesti ada yg tak kena dgn projek pembelajaraan berkonsepkan sukan di Brunei DS itu. Masakan pemain/pelajar yg berada di sekolah tersebut tidak mencapai tahap yg diinginkan.

Setahu saya mereka dipilih setelah menjalani beberapa proses saringan termasuk kelayakan akademik. Selain belajar spt biasa mereka khusus berlatih & bermain bola sepak dgn kendalian beberapa org jurulatih. Makan-minum semuanya terjaga kerana mereka tinggal di asrama. Namun keputusan yg mereka capai dlm kejohanan bawah 14 tahun kebangsaan anjuran FFBD itu sangat2 mencuit perasaan saya.

Saya harap pihak2 tertentu dpt mencari punca dan menyelesaikan perkara ini dengan serius serta sementara awal sebelum merebak menjadi masalah yg lebih dalam atau parah. Tahniah kpd PIP dan Muara Vella FC yg mampu layak ke final. Apapun melalui kejohanan ini mudah bagi kita utk melihat pemain2 yg mempunyai potensi melangkah lebih jauh membawa cabaran negara di masa akan datang.

Prof: Sekolah Sukan yg kekal akan siap tidak lama lagi. Maka prestasi mereka mestilah segagah bangunan sekolah itu juga. Banar nda?

Tiada ulasan: