Selasa, 11 Ogos 2009

KURSUS PENGADIL KELAS 3 DI KB




Pihak Jabatan Belia dan Sukan Cawangan Daerah Belait telah sedang menganjurkan Kursus Pengadil Kelas 3 yg bermula dari 26 Julai 2009 lalu yg mana dijalankan secara berperingkat2 berlangsung di Komplek Sukan Mumong, Kuala Belait. Kursus tersebut bertujuan utk menambahkan lagi bilangan pengadil bola sepak berwibawa & bertauliah di Daerah Belait seterusnya bakal mengadili perlawanan2 yg dianjurkn di daerah tersebut.

Kursus tersebut berterusan pd 7 & 9 Ogos dan akan sekali lagi berlansgung pd 14 Ogos 2009 ini di tempat yg sama. Sepanjang kursus tersebut bakal2 pengadil telah didedahkan kpd latihan2 kecergasan, teori & praktikal pengadilan. Syabas kpd JBS Belait kerana mengungkayahkan kursus spt ini yg mana akan secara langsung menaikkan taraf permainan bola sepak kitani.

Prof: Jutaan terima kasih kpd shbt prof di KB iaitu Jamhari Lani yg menghantar info & gmbr2 utk kursus tersebut.

Tiada ulasan: