Khamis, 13 Ogos 2009

KEJOHANAN BOLASEPAK SEKOLAH2 BAWAH 15 TAHUN ASIA KE 4

Brunei Darussalam kini sedang menyertai Kejohanan Bolasepak Sekolah2 Bawah 15 Tahun Asia Ke 4 yg sedang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, dari 12 - 19 Ogos 2009. Brunei DS telah diundi dalam Kumpulan A bersama China, Sri Lanka, Singapura dan Vietnam. Dalam Kumpulan B pula ialah Malaysia, Indonesia, Thailand & Macau, sementara Korea Selatan telah menarik diri di saat2 akhir.

Dalam perlawanan pertama pasukan Brunei yg di bawah bimbingan Awg Liew Chuan Fue, telah mengalahkan Sri Lanka 3-0 dan dlm perlawanan kedua pd 14 Ogos 2009 mereka menewaskan China 3-0. Manakala pd 15 Ogos 2009 mereka akan menentang Singapura dan keesokkan harinya akan mengakhiri jadual peringkat kumpulan dgn bertemu Vietnam.

Melalui dua kemenangan tersebut pasukan Brunei DS berpeluang cerah utk mara ke separuh akhir jika memenangi satu dari baki dua perlawanan itu nanti. Kita doakan pasukan muda kita itu mampu mencipta kejutan dlm edisi tahun ini.

Saya akan memberi maklumat terkini dari masa ke semasa.

13/08/09 - Brunei DS x Sri Lanka (3-0)
14/08/09 - Brunei DS x China (3-0)
15/08/09 - Brunei DS x Singapore (0-2)
16/08/09 - Brunei DS x Vietnam

Prof: Pelaburan paling menguntungkan iaitu membangun bakat2 muda bolasepak dari perongkat sekolah. Mereka adalah jaguh masa depan.

Tiada ulasan: