Ahad, 5 April 2009

DPMM FC MENANTI GOMBAK UTD & SAF FC

Apapun, syabas kpd Brunei DPMM FC yg mampu mengekang Tampines Rovers 1-1 dlm perlawanan S League Khamis lalu di Stadium Jalan Besar. Kewibawaan prestasi DPMM FC benar2 diuji oleh Tampines Rovers dan begitu jugalah dijangkakan apabila wakil Brunei Darussalam itu apabila menanti cabaran pendahulu carta liga Gombak United dan penghuni tangga kedua SAF FC.

Memang telah dijangka DPMM FC akan digempur dari awal hingga akhir perlawanan. Pujian harus diberikan kpd para pemain & pegawai teknikal DPMM FC kerana setakat ini mampu memperlihatkan kesungguhan serta prestasi cemerlang tidak kita di mana mereka beraksi, baik di Stadium Negara Hassanal Bolkiah mahupun di tempat lawan.

Yang pasti Vjeran Simunic amat bernsib baik kerana memiliki sekelompok pemain2 yg berkualiti termasuk yg duduk di bangku simpanan. Dalam ertikata lain jurulatih asal Croatia itu mempunyai banyak pilihan utk mencorakkan permainan pasukan bimbingannya. Ini dibuktikan olehnya apabila dlm separuh masa kedua beliau sering 'change the game' dgn memasukkan pemain2 simpanan yg berupaya merobah corak permainan pasukan.

Ini hanya dpt dilakukan jika sesebuah pasukan itu mempunyai ramai pemain yg berkualiti di setiap posisi. Misalnya; Simunic buat masa ini 'menyimpan' Abd Hamid Berguiga & Abu Bakar Mahari, (di separuh masa kedua sama ada bertukar posisi dgn Shahrazen Said atau Oh Ddog Yi) atau merubah formasi kpd 4-3-3.

Begitu juga halnya di bahagian midfield, Simunic mempunyai pilihan utk memasukkan Hardi Bujang atau Mohd Helme Zambin bagi memperkuat lagi bahagian itu. Dan Mohd Safari Wahit adalah pemain pertahanan 'versetile' yg boleh bermain di mana2 posisi di bahagian itu. Kesemua rencah & ramuan ini membuatkan DPMM FC ampuh buat masa ini. Kini terpulang kpd Vjeran Simunic utk mencorakkannya.

Kita nantikan dua perlawanan berikut (menentang Gombak Utd & SAFSA). Kewibawaan sebenar DPMM FC akan teruji. Sama2 kita doakan mereka mampu memberikan pengajaran sebenar kpd lawan2 gagah mereka itu. Buktikan bahawa pengalaman beberapa musim bermain dlm Liga M benar2 memberi manfaat kpd mereka.

Prof: DPMM FC sentiasa di hati.

Tiada ulasan: