Ahad, 12 April 2009

SYABAS DPMM FC

Vjeran Simunic meraikan salah satu gol oleh pemainnya.

Tiada yg lebih mengembirakan dari melihat Brunei DPMM FC menumpaskan Gombak United dlm persaingan S League Musim 2009 di Stadium Jalan Besar pada 10April 2009 (Jumaat) lalu. Kemenangan 2-1 itu sesungguhnya begitu bermakna sekali kerana ianya sekali gus memberi kesan mendlm dan besar kpd cabaran wakil Brunei itu selepas ini.

Spt posting saya tidak lama dahulu, hanya Tampines Rovers, Gombak United & SAF FC lawan sebenar DPMM FC dlm S League ini. Kenyataan saya itu bukanlah menidakkan kemampuan kelab2 lain akan tetapi hanyalah pengamatan atau imbasan sekali lalu saya. Oleh kerana AS League berjalan dlm 3 pusingan maka masih byk perlawanan yg perlu ditempuh oleh DPMM FC.

DPMM FC seri 1-1 ketika menentang Tampines Rovers & menewaskan Gombak United FC kini menanti SAF FC. Apapun keputusan yg bakal tercatat antara DPMM FC dan SAF FC nanti bukanlah ukuran akan tetapi kini sudah jelas bahawa ketiga2 kelab ini adalah 'the three giant' dlm S League musim ini. DPMM FC kini juga telah mengesahkan bahawa mereka adalah pasukan yg mesti dikalahkan oleh kelab2 lain. DPMM FC kini favourite!

Dlm kemenangan 2-1 terhadap Gombak Utd tempoh hari, Vjeran Simunic telah membawa masuk Abd Hamid utk mengubah corak permainan dan Hardi Bujang dlm 15 minit terakhir utk 'closed the game'. Kesemuanya berjalan lancar kpd Simunic ditambah barisan belakang yg mantap. 3-5-2 nampaknya menjadi formasi 'turun-temurun' DPMM FC (sebelum ini pasukan kebangsaan Brunei DS di bawah David Booth juga memakai formasi ini).

Hanya bagi saya, Simunic jgn lalai & leka (saya pasti beliau tidak) kerana selepas ini setiap jurulatih & pemain kelab2 lain akan meneliti secara terpeinci corak permainan DPMM FC. Oleh itu sediakanlah senjata tambahan bagi menghadapi 2 pusingan lagi S League. Jika prestasi berkekalan & makin bertambah baik maka tidak mustahil DPMM FC akan muncul juara S League 2009!!!!

Prof: Bangga ramai yg mampu memanfaat 'death ball situation' selain Romsin 'Bobby' Khamis. Syabas Sairol 'Sai' Hj Shahri, Mohd Yussof Salleh, Azwan dll. Keep it up.

Tiada ulasan: