Ahad, 26 April 2009

MAN UTD JUARA EPL?


Siapakah yg bakal pertama kali menjulang trofi EPL kali ini;
Gary Neville atau Steven Gerrard?


Setelah tamat perlawanan mlm tadi (25April2009) Manchester Utd masih mendahului carta EPL Musim 2008/2009 dgn 3 mata terhadap musuh tradisi Liverpool. Akan tetapi Red Devil berbaki 5 perlawanan sementara The Red pula 4 perlawanan. Secara matematiknya pula Man Utd akan memunggut 15 mata & Liverpool 12 mata maksima jika memenangi kesemua perlawanan (memang itulah yg mesti dilakukan oleh skuad Rafa Banitez sambil mengharapkan Man Utd kalah satu perlawanan jika ingin bergelar juara setelah 18 tahun). Jika tidak maka dgn itu Man Utd sekali lagi menjuarai EPL, mahu atau tidak, itulah hakikat yg patut diterima oleh para penyokong Liverpool.

Dan mengambil kenyataan Guus Hiddink, pengurus sementara Chelsea bahawa peluang pasukannya sudah tertutup walaupun secara matematik masih ada peluang. Ini merujuk kpd betapa konsistennya prestasi dua pasukan di atasnya. Akan tetapi skuad The Blues & The Red mesti menang semua perlawanan namun mereka seri dlm perlawanan lalu. Itulah masalahnya, sementara Alex Ferguson & anak buahnya terus melakar kemenangan bergaya.

Cuba kita lihat jadual perlawanan selebihnya antara Man Utd & Liverpool;

Liverpool: Newcastle Utd (H), West Ham (A), West Brom (A) & Spurs (H)
Man Utd: Boro (A), Man City (H), Wigan (A), Arsenal (H) & Hull (A)


Cuba kita jawab sendiri persoalan2 di bawah;
- Mampukah Liverpool menang semua perlawanan?
- Kelab manakah yg mampu menewaskan Man Utd?

Semua kelab mempunyai misi tersendiri utk memenangi perlawanan berbaki. Pasukan di tangga bawah perlu menang utk mengelak dari turun ke Liga Championship, pasukan di pertengahan carta pula bergelut utk melayakkan diri ke kejohanan Eropah. Jadinya spt biasa perlawanan2 berbaki dlm EPL akan sentiasa mendebarkan walaupun menemukan kelab tangga teratas & terbawah carta liga. Itu yg menariknya.

Bagi Man Utd & Liverpool kesemua perlawanan berbaki sangat penting & sengit kerana lwn masing2 mempunyai tugas utk diselesaikan. Boro misalnya yg bakal ditemui oleh Man Utd di Revirside selepas ini sdg berusaha melepaskan diri dari zon bahaya, mereka juga perlu menang semua perlawanan berbaki. Begitu juga halnya dgn Man City, Wigan & Hull, masing2 ingin melakar sejarah bermain di kejohanan Eropah.

Rafa Banitez mungkin menghadapi tugas mudah menghadapi West Brom yg hampir pasti kembali ke Liga Championship, namun Newcastle Utd, West Ham & Spurs juga berusaha utk mengumpul 3 mata penuh. Alan Shearer pengurus baru Magpies senasib dgn Gereth Southgate (Boro) mengelak dari gurur & 3 mata spt ubat bius bagi mereka. Maknanya Man Utd & Liverpool bakal menempuh perlawanan2 sengit & getir dlm usaha mereka merangkul juara EPL musim ini.

Prof: Mahu Liverpool juara utk memberikan lebih warna & lebih rancak kpd EPL.

Tiada ulasan: