Rabu, 15 April 2009

APA DAH JADI AFC?


Beberapa minggu lalu saya ada membuat sedikit posting & komen mengenai pergolakkan yg sedang berlaku dlm badan induk bola sepak Asia iaitu AFC. Tidak lain tidak bukan pertelingkahan antara dua calon merebut jawatan FIFA Executive Committee; Presiden AFC dari Qatar, Mohammed bin Hammam dan pencabarnya dari Bahrain Sheikh Salman bin Ebrahim Khalifa.

Seingat saya (betulkan saya jika salah) baru saat inilah seorang ketua AFC membuat kenyataan2 yg 'melampau'. Dlm menuju proses mempertahankan jawatannya (FIFA Executive Committee) Hammam telah beberapa kali menuding jari mempersalahkan pencabarnya itu (Sheikh Salman) & termasuk mengheret sama Presiden Korean Football Association (KFA) Chung Mong-joon (Hammam menuduh Chung membantu Sheikh Salman dlm pelbagai hal-tidak enak bagi saya memperincikannya di sini).

Bagi pendapat saya, apa yg telah dipaparkan oleh Hammam kebelakangan ini tidak mencerminkan wibawa & kematangan beliau sebagai seorg presiden sebuah badan induk bola sepak. Sebagai seorg pemimpin, Hammam patut berlapang dada & membiarkan proses pemilihan itu berjalan spt dijadualkan. Jika ada pun permasalahan di sebaliknya hendaklah diselesaikan di meja rundingan atau di dlm pejabat AFC di Kuala Lumpur.

Dgn membuat tuduhan melalui media tidak menyelesaikan masalah. Atau mungkin Hammam terlalu sayangkn jawatan itu (FIFA Executive Committee) sehingga sanggup berbuat demikian? Hanya Hammam saja yg lebih arif. Apapun keputusan siapa yg bakal menjawat jawatan berprestij itu akan diputuskan pd 8 Mei 2009 akan datang ini.

Hammam bagi saya telah memperlihatkan sedikit kepincangan dlm mentadbir AFC dgn membuat serangan serta tuduhan melalui media terhadap Sheikh Salman. Masih byk tugas serta kerja yg masih terbengkalai & mesti diteruskan oleh AFC utk memajukan sukan bola sepak di benua Asia ini. Spt yg kita ketahui benua Asia adalah wilayah paling besar di dunia ini, bukan itu shj Asia memiliki pelbagai tahap ekonomi & kemajuan masyarakatnya dan begitu juga dgn perkembangan bola sepaknya.

Buat masa ini benua Asia Barat (negara2 Arab), Asia Tengah, Asia Timur (China, Korea & Jepun) & Australia berada pd tahap maju jika dibandingkan dgn kawasan2 lain. Manakala Asia Tenggara berada di bawah serta kawasan Asia-Ocenia boleh dikatakan berada pd tahap mundur. Jikapun Sheikh Salman memenangi jawatan itu maka Hammam bolehlah menganggap bahawa beliau sebagai rakan baru dlm proses membangunkan bola sepak di benua Asia ini. Tidak perlu Hammam merajuk hingga mahu mengundur diri dari menjadi Presiden AFC pula. Tetapi jika itu benar2 yg dimaksudkannya apa salahnya, ada ramai lagi tokoh bola sepak yg berwibawa di benua Asia ini yg layak menggantikan Hammam.

Apa yg saya tidak ingin melihat ialah AFC menjadi sebuah badan induk yg penuh dgn 'politiking'. Apa yg ditunjukkan oleh Hammam dewasa ini ianya menuju ke arah itu. Ini satu perkembagan yg tidak sihat. Sesuatu mesti dilakukan.

Prof: Tidak sukar utk menelah tujuan Hammam membuat lawatan ke BSB tempoh hari. He he he!