Selasa, 21 April 2009

BADAN INDUK - MESTI KEMBALI KPD ASAS (BHG 1)

Sejak sekian lama memerhati kamelut badan induk sukan bola sepak di Negara Brunei Darussalam iaitu antara BAFA & FFBD dan sejak ianya timbul hujung tahun lalu apabila BAFA diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan muncul badan induk baru FFBD, saya melihat media massa (baik media cetak ataupun elektronik) tidak mengupas secara jelas permasalahan itu. Maka masyarakat & peminat bola sepak mengutip berita2 yg bertebaran dari mulut ke mulut sama ada sah atau tidak sah. Perkembangan ini tidak menyihatkan kpd perkembangan bola sepak negara.

Saya terpanggil mengupas perkara ini apabila penjenguk blog ini yg menamakan dirinya Refkb & sisbola serta yg lainnya beberapa kali menimbulkan persoalan yg cukup kronik. Paling mutakhir ialah perihal pengadil Daerah KB tidak dilayan dlm salah satu perlawanan Kejohanan Bawah 14 Tahun anjuran FFBD di Kuala Belait baru2 ini. Dan masalah2 sebelum itu telah kita ketahui & telah menjadi sejarah.

Cuba renungkan & fahamkan undang2 yg termaktub dlm perlembagaan FIFA ini;

Article 13 - Members' Obligations.
1(e) to create a Referee Committee that is directly sub ordinate to the Member.

Maksudnya setiap ahli FIFA (badan2 induk setiap negara) hendaklah menubuhkan satu jawatankuasa khas yg bertanggungjawab terhadap pengadil. Cuba kita lihat apa yg berlaku di negara kita. Pengadil2 bola sepak mempunyai persatuan sendiri. Ini sama sekali tersasar dari perlembagaan FIFA. Kenapa ini berlaku? Jawapannya ialah asas yg kita bina sudah salah sejak dari awal lagi.

Bukan sahaja pengadil bola sepak yg mempunyai persatuan sendiri akan tetapi juga pengadil futsal termasuk di peringkat daerah. (Dulu suatu saat pernah ada individu yg ingin menubuhkan persatuan futsal juga) dan ada juga cubaan utk menubuhkan persatuan bola sepak pantai. Cuba kita lihat di negara2 lain. Setelah saya kaji nampaknya semua badan induk bola sepak meletakkan pengadil di bawah kawal seliaan mereka.

Tidak salah para pengadil menubuhkan persatuan akan tetapi ianya hendaklah selari dgn FIFA. Ada sebabnya mengapa FIFA menghendaki pengadil berada di bawah kawal seliaan badan induk. Masalah yg timbul kini adalah salah satu sebabnya. Sepatutnya kita sebelum ini menerangkan kpd pihak berwajib bahawa apa sahaja persatuan yg ingin ditubuhkan yg terlibat secara langsung dgn bola sepak hendaklah meminta pandangan badan induk dahulu. Saya rasa pihak berwajib menjalankan tugasnya mengikut bidang kuasanya meluluskan sesebuah persatuan. Badan induk yg tidak peka dgn masalah ini.

Begitu juga halnya dgn cabang2 bola sepak yg lain spt futsal, bola sepak wanita & bola sepak pantai. Kesemua elemen ini mestilah berada di bawah kawal seliaan badan induk secara terus bagi mengelak masalah2 perlaksanaan & pembangunan sukan bola sepak itu sendiri. Dan suka saya menyeru agar mana2 badan induk yg muncul secara mutlak (sama ada BAFA atau FFBD) selepas ini agar memperbetulkannya. - bersambung.

Prof: Sebenarnya tidak sukar utk menjadi badan induk. Pokoknya buat kerja dgn ikhlas & mengikut saluran yg telah ditetapkan.

Tiada ulasan: