Selasa, 21 April 2009

BRUNEI DPMM LWN SAF FC - CLASH OF THE TITAN


Tidak menjadi rahsia lagi bahawa pertembungan antara Brunei DPMM FC & SAF FC pd 26April 2009 (Ahad) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas akan dtg ini merupakan perlawanan umpama 'buku bertemu ruas' atau 'clash of the titan' bgi menentukan siapakah jaguh sebenar S League sekurang2nya utk pusingan pertama ini. Ini kerana SAF FC berada di persada liga dgn 21 mata dan DPMM FC pula mengekori rapat di tangga kedua mengumpul 19 mata, hanya dua mata di belakang.

Apa yg lebih menarik ialah 'suasana' perlawanan pd mlm itu. Hampir pasti Stadium Negara Hassanal Bolkiah akan dibanjiri oleh para peminat bola sepak tempatan dan suasana ini begitu 'asing' bagi pasukan2 dlm S League. Selama ini perlawanan2 S League tidak 'menggamit' ramai penonton, paling ramai pun sekitar 5 ribu org. Oleh itu kehadiran penonton melebihi 10 ribu peminat ditambah di sebuah stadium yg besar memberikan satu kepuasan bagi pasukan2 pelawat.

Sesungguhnya para pemain bola sepak di Singapura telah lama menantikan bermain dgn suasana yg cukup meriah & gah yg begitu lama tidak mereka rasai sebaik shj menarik diri dari menyertai Liga M. Dulu sorakan & suasana di Stadium Nasional Singapura amat digeruni dgn 'Kallang Roar' yg merupakan gelanggang keramat bagi pasukan Kota Singa itu.

Elemen2 lain yg menjadikan perlawanan pd hujung minggu ini menarik ialah rekod tanpa kalah pasukan tuan rumah yg masih bertahan. Apakah DPMM FC mampu mempertahankannya dan sekali gus menjadikan Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas sebagai 'kubu maut' utk pasukan pelawat? atau SAF FC pula mampu memecah rekod itu? Sama2 kita nantikan percaturan kedua2 jurulatih sama ada strategi Vjeran Simunic (DPMM FC) atau Richard Bok (SAF FC) yg lebih menjadi.

Simunic pasti memikirkan bagaimana utk menyekat ketajaman serangan yg dimiliki oleh lawan apabila kedua2 penjaring terbanyak liga setakat ini adalah pemain SAF FC iaitu Alexander Duric (7 gol) dan John Wilkinson (6 gol). Sementara Richard Bok pula pasti pening memikirkan bagaimana utk tidak terpedaya oleh kemampuan anak buah Simunic kerana jaringan2 DPMM FC dilakukan oleh ramai pemain. Dlm ertikata lain kecuali posisi penjaga gol, semua posisi lain telah mencatat nama sebagai penjaring gol bagi DPMM FC.

Spt mana2 perlawanan bola sepak yg lain, sedikit kesilapan membawa padah dan pasukan mana yg memanfaatkan peluang menjaring gol akan mencipta kemenangan walaupun dgn satu peluang dlm 90 minit permainan. Inilah uniknya bola sepak. Kita bola shj teruja dgn corak permainan yg menarik akan tetapi jaringan gol sebaik wisel penamat ditiupkan adalah penentu muktamad. Selamat berjuang DPMM FC.

Prof: Teruja utk menyaksikan perlawanan ini sejak sekian lama tidak turun ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Juga rindu kn mkn steam chicken bersama graman & teman2 yg lain hehe.

Tiada ulasan: