Jumaat, 17 April 2009

S'GOR & INDON UNDANG BRUNEI VETERAN

Para pemain & pegawai Brunei Veteran sebelum berlepas ke Pulau Pinang tempoh hari bersama Presiden Penaja BVFA Pg Anak Hj Damit Baharuddin (berbaju putih).
Inilah skuad Brunei Veteran di Kejohanan PSC International Soccer 7's yg lalu.
(Berdiri dari kiri; Liew Chuan Fue, Ukoi Anam, Lim Sun Hui, Metussin Sumpong, Amp Sabli & Akbar. Depan dari kiri; Kula Mohammed, Mohd Hakimi, Sidek Eya & Sheikh Nordin)

Nampaknya tahun ini merupakan tahun yg sibuk bagi Brunei Veteran. Barupun kami pulang dari menyertai kejohanan di Pulau Pinang pd awal bulan Mac lalu kini Brunei Veteran diundang lagi utk menyertai dua kejohanan jemputan masing2 di Selangor (1 & 2 Ogos 2009) dan di Medan, Indonesia (7 - 9 Ogos 2009). Terpaksalah kami membuat persediaan mencari pemain & perbelanjaan (hehe ane yg penting sekali).

Di Selangor menawarkan 2 kategori iaitu Master (45 tahun ke atas) & Grand Master (melebihi 50 tahun) manakala kejohanan di Medan pula hanya satu kategori iaitu Terbuka (40 tahun ke atas). Mana kan mencari 'budget' jon???? Ini tidak termasuk yg pasti disertai iaitu Jemputan Sabah pd November 2009 (Brunei Veteran sebagai juara bertahan), Johor, Kuala Lumpur & Singapura juga khabarnya akan menjemput Brunei Veteran.

Jika begini perkembangannya Brunei Veteran terpaksa berfungsi seolah2 mengurus sebuah 'pasukan kebangsaan'. Dlm ertikata lain, proses pemilihan dijalankan secara lebih telus, program latihan yg bersistem & penyediaan budget tahunan. Soal disiplin & komitmen tidak mendtgkan masalah kpd Brunei Veteran kerana rata2 pemain adalah bekas pemain kebangsaan makanya mereka sudah tahu apa akan dibuat.

Insya-Allah, melalui BVFA kami akan melaksakan misi ini sesuai dgn penyertaan sebagai sebuah pasukan kebangsaan walaupun di peringkat veteran. Apapun kejohanannya kami membawa bendera Negara Brunei Darussalam dan serentak dgn itu semangat serta wibawanya mestilah seperti pahlawan di medan perang. (achehhhhh).

Prof: Tak kisahlah beb! Asal bahagia. Bah siap2 tah pemain2 veteran utk menghadapi pemilihan nanti. Nda lama lagi ne. Cigu Ali jgn watir, manang ne krg.

Tiada ulasan: