Sabtu, 28 Mac 2009

KEJOHANAN B-14 TAHUN FFBD

Terlebih dahulu harus juga saya ucapkan tahniah kpd FFBD kerana memulakan program pertamanya dgn menganjurkan kejohanan bola sepak peringkat akar umbi iaitu Kejohanan Bawah 14 Tahun (bermula 5 April 2009) ini dan Bawah 16 Tahun akan menyusul kemudian. Program rutin sebegini telah lama dinanti2kan oleh semua peminat bola sepak tanah air. Selain memenuhi kehendak para peminat, program sebegini adalah tanggungjawab 'wajib' oleh badan induk sukan bola sepak di setiap kawasan, wilayah, negeri, negara dan rantau serta antarabangsa.

Selain itu program pembangunan selain menganjurkan kejohanan peringkat umur mesti juga dilaksanakan. Jika tidak prestasi atau mutu bola sepak tidak akan ke mana. Apa yg menarik utk saya perkatakan di sini (kejohanan B-14 Tahun) ialah bantuan kewangan sebanyak B$1,000 yg diberikan oleh FFBD kpd setiap pasukan yg bertanding.

Fikiran saya lantas mengimbau kenangan beberapa tahun lalu bersama sahabat Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat (Jurulatih Penjaga Gol DPMM FC). Ketika itu saya membantu beliau mengurus sebuah kelab yg menyertai B League. Kami merasa keperitan mencari sumber kewangan, memilih pemain (utk berlatih & perlawanan), mencari padang latihan dan segala macam hal remeh-temeh.

Kebetulan pd waktu itu penganjur mewajibkan setiap pasukan memakai jersi yg bercetak logo penaja utama. Dgn sedikit pengalaman, saya menyuarakan rasa tidak puas hati kpd Hj Zainol kerana pasukan tidak berhak diwajibkan memakai jersi tersebut (yg bercetak logo penaja) kerana pihak penganjur langsung tidak memberikan imbuhan kpd pasukan2. Tamat shj musim pertama B League saya terus menulis artikel di Media Permata & menukilkan permasalahan tersebut. Mungkin sedar akan kesilapan tersebut musim berikutnya pihak pengajur tidak lagi mewajibkan pasukan2 memakai jersi yg dicetak logo penaja. Intipatinya ialah pihak penganjur mesti membantu pasukan2 jika tidak bagaimana mereka mampu terus bertahan. Sama spt liga2 di negara2 lain, setiap pasukan yg memakai jersi bercetak logo korporat, mereka mendapat sesuatu imbuhan drpnya. Lega rasanya penantian bertahun akhirnya tercapai walaupun dlm peringkat liga peringkat umur, tetapi itu satu permulaan yg baik. Terima kasih kpd shbt2 di dlm FFBD yg mengusulkan hal tersebut.

Sebenarnya ada beberapa lagi permasalahan yg perlu ditangani oleh FFBD. Saya yakin jika mereka mempunyai iltizam yg kuat utk memajukan sukan bola sepak insya-Allah mereka akan berjaya.

Senarai pasukan yg menyertai Kejohanan Bawah 14 Tahun FFBD;

KUMPULAN A: Skim JBS Menglait, Skim JBS Belait, Akademi Muara Vella, Perkasa & PIP.
KUMPULAN B: Sekolah Sukan, Daerah Temburong, SM Rimba, JIS & JPKK Tutong.

Jadual perlawanan;
5 April 2009 - Padang Komplek Sukan Menglait A & B
3.00 petang - Akademi Muara Vella x Skim JBS Belait - Padang A
- SM Rimba x Daerah Temburong - Padang B

4.30 petang - Perkasa x PIP - Padang A
- Sekolah Sukan x JPKK Tutong - Padang B

Prof: Terima kasih awg Shadad kerana sudi memberi jadual kpd saya. Insya-Allah saya akan hadir dlm setiap perlawanan.

Tiada ulasan: