Sabtu, 24 Januari 2009

TERKENANG 26 TAHUN LALU

Inilah namanya ketentuan Allah. Dari kecanggihan dunia siber melalui 'chatt coloumn' blog ini saya telah bertemua di alam maya dgn sahabat lama yg sama2 bertugas di Majalah LIGA (majalah bola sepak pertama di M'sia) sekitar tahun 1983 lalu. Sdr. Man Hassan bertugas sebagai 'layout artist' & saya sebagai 'Photo Journalist', pejabat kami terletak di Taman Keramat, Ulu Klang, Selangor (pinggiran KL). Di bawah pejabat kami adalah sebuah 'supermarket'.

Saya ketika itu tinggal menumpang bersama keluarga angkat tidak jauh dari pejabat, sementara Man Hassan tinggal di pejabat itu juga, iaitu di bilik belakang. Zaman itu kehidupan kami agak perit dgn gaji yg sedikit maka seringkali waktu 'lunch' kami adalah dgn 'menu wajib' - mee segera. Teman saya itu amat berbakat sebagai kartunis maka boss kami telah menerbitkan beberapa komik kartun hasil karya Man Hassan, malangnya saya lupa tajuk2 komik tersebut.

Waktu itu Majalah LIGA adalah satu2nya majalah berbentuk sukan yg ada di pasaran (sebelum itu Dunia Sukan terbitan Utusan telah tutup) tetapi kami khusus kpd sukan bola sepak. Pendek kata, majalah itu adalah jelmaan SHOOT atau MATCH versi Bahasa Melayu. Maka sebagai anak muda yg baru keluar dari kolej, saya begitu bersemangat melaksanakan tugasan walaupun gaji yg diterima agak kecil berbanding keperluan hidup di kota metropolitan seperti KL.

Namun saya puas dpt mewawancara pemain2 & tokoh2 bola sepak di Malaysia mahupun antarabangsa. Apa saja kegiatan bola sepak spt perlawanan Piala M'sia, Pestabola Merdeka, Piala Jakarta Raya, Piala Raja Thai, Pra Piala Dunia, Pra Olimpik dll pasti saya akan membuat liputan (mengambil gambar di tepi padang & menemuramah). Tambah lagi sering menemui Allahyarham Mokhtar Dahari (lagenda bola sepak M'sia) kerana beliau mengendalikan ruangan 'Klinik Bolasepak' dlm majalah tersebut.

Untuk membariskan nama2 besar dlm bola sepak di M'sia, Asia & dunia yg pernah saya temui mungkin mengundang perasaan tidak enak kpd pembaca blog ini. Bukan saya jika cuba meninggi diri dlm sukan bola sepak ini. Cumanya saya ingin mengutarakan dua individu dalam bola sepak yg ketika ini dikenali ramai jika kita mengikuti perkembangan bola sepak.

Pertama ialah Setiausaha Agong FAM, Dato Azuddin Ahmad - dulu beliau adalah pengurus pasukan Angkatan Tentera Malaysia dan juga bekas pemain kebangsaan. Saya sering menemuramah beliau & memang Dato Azuddin seorg yg berwibawa sebagai pemimpin. Apatah lagi beliau kini bertugas di FAM sebagai S/Usaha Agong.

Kedua ialah Kevin Keegan. Siapa tak kenal bekas penyerang England & Liverpool ini. Keegan telah dilantik oleh FAM utk menjadi jurulatih & pemain bagi pasukan Harimau yg menyertai kejohanan Pestabola Merdeka. Utk itu setiap pasukan menetap di Hotel Federal, Jln Bukit Bintang. Sebagai jurulatih Keegan terpaksa menghadiri 'sidang media' setiap hari di lobi hotel tersebut. Dari itu saya & teman2 wartawan begitu rapat dgn Keegan kerana beliau memang seorg yg mudah bergaul & tidak sombong.

Terlalu bnyk kenangan dlm bola sepak sewaktu saya menjadi wartawan dahulu. Nantilah, di kesempatan yg lain akan saya catatkan lagi. Wassalam.

Tiada ulasan: