Khamis, 15 Januari 2009

AGM FFBD - BERCELARU!!!!

Aturcara majlis; tertera jawatan Timbalan Presiden tetapi yg dipertandingkan adalah Naib Presiden.

Sheikh Nordin Sheikh Mohamad, Pengerusi AGM yg memenangi jawatan Setiausaha Agong.

Salah seorang drp hadirin bertanya soalan2 & kemusykilan kpd AJK Penaja FFBD.

Antara pemerhati & ahli FFBD pd mlm itu, ramai yg keluar sebaik shj mesyuarat bermula memilih AJK2 FFBD.
(Gambar2 oleh Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat)

Malam tadi saya bersama teman2 (bekas pemain2 kebangsaan & aktivis bola sepak) datang menghadiri Mesyuarat Agong FFBD di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Mesyuarat yg diwar2kn berlangsung pd jam 7.00 mlm melalui media massa hanya bermula kira2 jam 8.10 mlm. Saya tiba agak lewat dri jadual (8.00 mlm) bersama teman2 (Hj Zainol Ariffin, Norilham Hj Jais, Liew Chuan Fue, Ali Hj Ismail, Ishak Hj Kabon dll), setibanya saya di pintu masuk Dewan Kuliah kelihatan Hj 'Boy' Rosaidi & Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak sedang berdiri sambil berbual2 lalu menyapa saya dgn nada terkejut, "Belum pun mula mesyuarat, sudah kena tunjuk mua....," (pelaku insiden ini terpaksa dirahsiakan demi kepentingan semua).

Lantas saya kaget & membayangkan bahawa AGM yg bakal berlangsung malam itu pasti PANAS. Memang panas. Sebaik sahaja mesyuarat bermula sudah ada pertikaman lidah antara orang yg datang (pihak AJK Penaja FFBD memang mengalu2kn kehadiran semua pihak melalui media massa) dgn AJK Penaja FFBD. Antara persoalan yg dikemukakan ialah;

1. Kenapa FFBD tidak merujuk kpd BNOC (Brunei Darussalam National Olympic Counsil) sebelum memohon utk menjadi ahli AFF, AFC & FIFA?

2. Kenapa FFBD tergesa2 ditubuhkan sedangkan kes melibatkan BAFA masih dalam siasatan?

3. Byk ahli gabungan tidak memahami perlembagaan, mungkin mereka tidak diberi penerangan sejelasnya oleh AJK Penaja.

4. Persoalan korum mesyuarat menjadi pertikaian; mengikut perlembagaan FFBD korum utk mengundi ialah 1/3 drp ahli yg layak mengundi atau 20 orang. Ahli gabungan FFBD yg berdaftar ialah cuma 9 (terpaksa ditambah 10 org AJK Penaja utk mencukupkan korum - itupun jumlahnya hanya 19).

5. Seorg AJK Penaja menasihatkan agar lantikan hendaklah kpd org yg hadir akan tetapi telah tidak dihiraukan oleh seorang lagi AJK Penaja dgn mencadangkan beberapa individu yg tidak hadir utk menjadi AJK Penggal 2009-2011.

Jika dikira beberapa lagi kesilapan teknikal yg berlaku sepanjang mesyuarat itu ternyata perkataan BERCELARU amat tepat dan tidak layak berlaku kerana FFBD adalah 'Badan Induk' sukan bola sepak di negara ini. Lantas fikiran saya melayang mengimbau kenangan lalu sewaktu membuat liputan mesyuarat2 agong oleh FAM, AFC dan persatuan2 negeri di Malaysia ketika menjadi wartawan dahulu. Saya tersenyum sendiri. Biarlah saya simpan dlm memori sebagai pengalaman hidup paling berharga.

Apa yg ingin saya utarakan utk renungan kita bersama ialah beberapa persoalan mengenai AJK2 yg telah diputuskan oleh FFBD sebelum penubuhannya. Antaranya ialah;

1. FFBD tidak memiliki jawatan Timbalan Preasiden.

2. Hanya menyediakan satu (1) jawatan Naib Presiden.

3. Jawatan Setiausaha Perlawanan dan Pendaftar diundi dlm mesyuarat agong sedangkan kedua2 jawatan tersebut hanyalah dlm jawatankuasa teknikal & bukan dlm jawatankuasa eksekutif.

4. Tiada tempat dikhaskan utk wakil ke empat2 daerah.

Soalnya, bagaimanakah sebuah badan induk dapat berfungsi dgn efektif jika tidak memiliki jawatan Timbalan Presiden & hanya satu Naib Presiden serta tiada wakil daerah2? Apakah penubuhan FFBD hanya 'melepas batuk di tangga'? Ujar seorang teman yg juga 'tenaga penggerak' AJK Penaja FFBD, "Kami bukan replace BAFA tetapi kami inplace BAFA". 'Jauh panggang dari api' kalu FFBD mahu inplace BAFA jika itulah sahaja AJK nya.

Tidak perlu utk saya bersyarah di sini, masing2 (AJK Penaja FFBD) tahu apakah fungsi sebenar sebuah badan induk spt FFBD. Jika hanya memiliki sebuah AJK yg cuma layak menjalankan liga tempatan, usah mimpi utk berfungsi menjadi badan induk yg efektif. Cabaran di peringkat antarabangsa cukup getir tambahan lagi 'masalah' yg sedang kita hadapi saat ini.

Apapun saya sebagai pemerhati bola sepak tetap akan membantu FFBD, BAFA atau siapa saja yg ingin khidmat nasihat saya dalam memajukan sukan bola sepak ini. Tetapi, sesuai dgn karisma & pengalaman yg saya ada, saya juga tetap akan mengkritik jika berlaku sesuatu yg menyimpang dari biasa, dlm lain perkataan, unprofessional.

Sekalung tahniah kpd AJK2 FFBD yg baru terutama kpd teman2 & semoga mampu memacu bukan shj FFBD ke mercu kegemilangan malah sukan bola sepak itu sendiri. Selamat maju jaya FFBD.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

let's bafa lead the football here in brunei.. but should be replaced with old and new faces to manage bafa.. from my view of points , FFBD is good but they got no experianced. I agreed with the writers. Just "rombak sja management BAAFA yg sedia ada".. ganti kn dgn muka baru and lama.