Jumaat, 9 Januari 2009

MISI PERTAHAN KEJUARAAN BRUNEI VETERAN DI PENANG

PSC (Penang Sport Club) sekali lagi mengundang team Brunei Veteran utk menyertai kejohanan PSC 10th International 7's Soccer Tournament, 7&8 Mac 2009 akan datang. Brunei Veteran yg menjuarai Kategori Masters (45 tahun ke atas) dlm kejohanan tahun lalu akan mewakili Brunei sebagai juara bertahan.

Kejohanan2 bola sepak veteran byk dianjurkan oleh pelbagai pihak di seluruh dunia. Antara lain kejohanan2 tersebut dianjurkan adalah utk mengeratkan tali silatur-Rahim antara pemain2 bola sepak veteran yg mana ada antara mereka yg sering bertemu ketika bermain mewakili negara masing2.

Dlm kejohanan tahun lalu kmi melihat kelibat Dato' Soh Chin Aun (bekas kapten M'sia), K. Nagarajah (T'gnu), Scot Orrelenshaw (Sabah) & Isa Bakar (striker M'sia & Penang). Mungkin tahun ini cabaran lebih hebat lagi memandangkan masuk tahun ke 10 kejohanan itu dianjurkan. Saya akan memberi perkembangan terkini Brunei Veteran dari masa ke semasa.

Pasukan Brunei Masters terdiri dari;
Ali Hj Ismail, Liew Chuan Fue, Kasmi Hj Abd Hamid, Jamhari Lani, Kula Muhammad, Lim Sun Hui, Sabtu Yahya, Metussin Sumpong, Amp Hamid Amp Sabli, Ukoi Anam & Hon Ah Yan.

Tiada ulasan: