Jumaat, 30 Januari 2009

'ILMU BOLA' BUAT SEORG TEMAN

Mampukah kita layak ke Final Piala Dunia 2022?

Kelmarin saya telah melontarkan satu gagasan atau wacana buat seorg teman yg baru shja menjadi 'org penting' dlm slh sebuah persatuan bola sepak. Sebenarnya gagasan atau wacana itu saya 'reserved' utk majlis ilmu yg lebih luas umpamanya dlm seminar, dialog, diskusi ataupun jika saya 'diterima' kembali oleh RTB utk di temuramah. Oleh kerana teman saya itu memperlihatkan 'kedangkalannya' (bukan juga slh teman itu - keadaan & org yg menolak beliau naik dlm persatuan tersebut), maka saya terpaksa memberi beliau sekelumit ilmu bola dlm kadar segera.

Beliau bertanyakan (sebenarnya byk kali sudah sebelum ini), "Boleh ka pihak2 lain menganjurkan kejohanan bola sepak? Dibenarkan atau tidak?".

Dgn menarik nafas dlm2 saya memulakan hujah, "Sebenarnya begini...setiap badan induk bola sepak mesti mengariskan 'target', umpamanya...kita mesti layak ke final Piala Dunia 2022. Setelah itu satu program jangka panjang dirangka utk mencapai target tersebut atau sekurang2nya menghampirinya," teman saya terus terpaku mendengar target ke final Piala Dunia 2022.

Saya tidak memberi beliau peluang utk bersuara, "Dlm program jangka panjang seperti itu, projek pembangunan mesti diguna pakai dgn sokongan kesepaduan sistem pengurusan pentadbiran & kewangan. Setelah itu badan induk akan memberi tugasan2 (program latihan jurulatih & pemain peringkat umur serta kejohanan2 yg mesti dikendalikan) kpd ahli2 gabungan utk mencapai target itu.

"Sebagai contoh; pihak badan induk menganjurkan kejohanan liga peringkat senior & 21 tahun ke bawah. Sementara badan2 gabungan hanya menganjurkan kejohanan2 projek pembangunan iaitu bawah 18, 16 & 13 tahun. Jadinya setiap aktiviti & kejohanan yg dianjurkan selari dgn projek nasional & tidak tersasar dari landasan sebenar.

"Bukan itu sahaja, projek pembangunan juga menyentuh soal menyediakan pentadbir, jurulatih & kakaitangan sokongan yang berkaliber. Mereka2 ini mesti diberi atau dihantar menyertai pelbagai jenis kursus baik dalam mahupun di luar negeri bagi memantapkan lagi keupayaan mereka.

"Jika kita ada program utk setiap kategori & ianya berjalan sepanjang tahun maka pihak2 lain tidak akan 'terliur' utk menganjurkan kejohanan2 bola sepak lagi. Ini kerana mereka merasa terpanggil utk menghormati target nasional itu & sama2 memberikan sokongan serta bantuan mereka," teman saya itu terus terdiam.

Sebelum ini senario bola sepak kitani bercelaru. Banyak pihak menganjurkan kejohanan bola sepak di setiap peringkat sehingga tiada kawal selia yg bersistem. Akhirnya berlaku perebutan pemain, venue, pengadil & pegawai yg mengakibatkan perasaan tidak harmoni sesama kitani. Bukan itu sahaja, terdapat pemain2 yg tidak tahu bermain bola sepak dgn betul terpaksa bermain bukan dgn kerelaan atau minat mereka yg mendlm terhadap bola sepak. Kualiti bola sepak kitani menjunam tetapi kuantiti kejohanan banyak. Kita tidak mahu itu berlaku lagi.

Bagaimana pun beliau menjawab sayu, "Bila kita mahu mulakan?"

Jawab saya, "Esok! Minta duit dari saya!" kami sama2 tertawa terbahak2.

Nota: Renung2kanlah.

1 ulasan:

Pyanhabib berkata...

dah bertahun gua kontak/sms lu, hampeh tak berjawab. meh, sms gua:
0i3-3635725