Jumaat, 23 Januari 2009

BAFA, FFBD-YG MANA SATU PILIHAN FIFA

FAKTA: BAFA telah diharamkan oleh pihak berwajib, kini FFBD menjadi badan induk baru bagi Brunei Darussalam.

Saya perturunkan di bawah ini, 'point' kedua2 pihak terbabit utk mereka jadi relevan & menggalas tanggungjawab sebagai badan induk sukan bola sepak di negara ini.

BAFA:
1. Masih boleh 'diselamatkan' dgn pihak berwajib menerima rayuan mereka & aktiviti bola sepak kembali spt biasa.
2. Hanya BAFA sahaja badan induk yg diiktiraf oleh FIFA (spt kenyataan rasmi S/Agong BAFA dlm salah sebuah akhbar harian sebelum ini).
3. BAFA telah melakukan pelbagai projek yg sedang berjalan & ini perlu diteruskan demi pembangunan bola sepak.

FFBD:
1. Perlu ditubuhkan seberapa segera bagi menggantikan BAFA.
2. Mendapat pengiktirafan Jabatan Belia dan Sukan.
3. Sebuah badan induk baru yg bebas dari masalah BAFA (hutang) mesti ditubuhkan bagi meneruskan kegiatan2.

Sementara itu, saya telah berdiskusi dgn beberapa pihak spt pemain2, orang ramai, para pengurus/pemilik kelab, peminat & pemerhati bebas bertanyakan pendapat mereka. Maka di bawah ini saya catatkan apa kata mereka;

1. BAFA mesti dihidupkan kembali TETAPI tukar AJK2 nya. Ini menurut mereka boleh menyelamatkan aktiviti2 bola sepak di peringkat antarabangsa.
2. Siapa2 pun boleh menubuh sebuah badan induk baru, jika mereka berwibawa, 'ambil & selamatkan' BAFA. Jika berjaya, maka merekalah benar2 pemimpin sejati yg professional, berkaliber & ikhlas memajukan bola sepak.
3. Jgn lihat keburukan BAFA saja, lihat juga kebaikan yg sudah dilakukan.
4. Tidak yakin dgn FFBD kerana barisan AJK tidak mencerminkan sebuah badan induk yg berwibawa (hanya masa yg menentukan).
5. FFBD mengambil mudah peranan AFF, AFC & FIFA; natijahnya kita terpaksa tidak menyertai apa jua aktiviti antarabangsa sehingga mendpt pengiktirafan mereka.

Sebenarnya byk lagi komen2 & pendapat2 mereka tetapi tidak sesuai utk dipaparkan dlm blog ini. Saya buka kpd pembaca semua utk membuat penilaian sendiri. Bagi saya, biar FIFA yg membuat keputusan siapa yg layak (sebagai badan induk), sama2 kita nantikan. Wakil FIFA khabarnya sudah mengumpul bukti2 & fakta2 berkenaan permasalahan ini. Minggu2 mendtg lebih suspen & penuh intrig.

(Terima kasih kpd pengunjung yg ambil bahagian ch8. Tetapi mesti kekalkan professional kita dlm memberi pendapat & saranan. Baru bola sepak kita maju).

Tiada ulasan: