Rabu, 28 Januari 2009

JUARA EPL: MU atau LIVERPOOL?



Inilah kali pertama saya membuat komen mengenai kancah EPL melalui blog ini. Memang tidak dapat dinafikan EPL adalah liga paling berprestij & mempunyai ramai peminatnya di seluruh dunia, tidak terkecuali di Brunei DS. Dan sudah pasti 2 buah kelab yg menjadi kegilaan ramai ialah Liverpool FC & Manchester United FC. Di mana2 saja 'rivalry' antara kedua kelab cukup menarik. Sampai membawa kpd perkelahian kecil jika ada yg tidak bersikap proffesional, lebih kpd sensitif masing2.

Musim ini pertembungan tersebut makin ketara. Kalau beberapa tahun ini MU dicabar oleh Arsenal atau Cheslea utk kejuaraan EPL, tetapi utk musim ini The Reds nampaknya mempunyai peluang lebih cerah, manakala MU spt biasa memacu prestasi tatkala pertengahan hingga hujung musim. Kini mereka dipisahkan hanya dgn 3 mata setelah menghabiskan 22 perlawanan.

Melihat dari prestasi semasa saya lebih yakin dgn apa yg ditunjukkan oleh Alex Ferguson & anak buahnya berbanding Rafael Banitez & Co. Prestasi skuad 'the Red Devils' lebih konsisten & tidak menghadapi masalah di setiap bahagian, kecuali jika ada lebih dari seorg pemain utama yg mengalami kecederaan.

Prestasi anak buah Rafa naik turun. Mcm yo yo. Inilah hakikat yg patut ditelah oleh para peminat Liverpool. Fernando Torres walaupun kembali pulih dari kecederaan masih gagal meledak gol2, begitu juga Robbie Keane & Dick Kuyt. Sering kali Steven Gerrrard yg mencata nama sebagai penjaring. Ini perkembangan tidak sihat bagi pasukan. Namun sebagai peminat setia Liverpool yg pernah menjejakkan kaki ke Anfield, sudah pasti saya ingin melihat The Red menjulang kejuaraan EPL buat pertama kali.
Ikuti ulasan terpeinci saya dlm posting mendatang.

Tiada ulasan: