Isnin, 12 Januari 2009

DPMM FC SERTAI S LEAGUE?

Baru2 ini saya terbaca berita di slh sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris tempatan, menurut berita yg memetik sumber dari DPMM FC bahawa kelab tersebut mungkin akan menyertai S League dlm masa terdekat jika FFBD diterima keahliannya oleh FIFA. Saya tidak mahu utk memberi ulasan terpeinci mengenai hal ini, cukup dgn memberi fakta berkaitan.

Merujuk perlembagaan FIFA, Article 10.2 - "Membership is only permitted if an Association has already been a provisional member of a Confederation for at least two years."

Dan mengutarakan soalan2 di bawah utk pihak2 berkenaan menjawab;

1. Mampukah FFBD mendapat pengiktirafan FIFA dlm masa terdekat ini?
2. Siapakah individu dlm FFBD sekarang ini yg 'berkuasa' utk meyakinkan FIFA atau AFC supaya menerima FFBD menjadi 'keluarga' mereka dlm masa singkat?
3. Yakinkah pendokong FFBD sekarang ini utk mendepani cabaran hirarki kepimpinan bola sepak antarabangsa dlm waktu2 mendatang? Atau mampukah mereka?

Jawapan kpd persoalan2 di atas semestinya sudah dapat dijawab oleh pemuka & pemimpin FFBD sebaik sahaja mereka duduk bersama & mengambil keputusan utk menubuhkan FFBD tempoh hari. Bak kata pepatah, 'jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai' dan 'kalau kail panjang sejengkal, jangan cuba mengail di laut dalam'.

Saya akan mencatat lagi selepas selesai Mesyuarat Agong Tahunan Pertama FFBD. Juga saya ada latest info dari Buketa Ranko (bekas jurulatih DPMM FC). Juga akan dimuatkan dlm catatan akan datang, Jumpa lagi.

Tiada ulasan: