Isnin, 30 November 2009

MESYUARAT AGONG PERTAMA VFA


Ahli Jawatankuasa Tadbir VFA Sesi 2009/2012


Presiden VFA, Awg Ali bin Hj Ismail sdg menyampaikan ucapan dasar & penangguhan sebaik shj selesai pemilihan.


Ishak Hj Kabon, Md Isa Hj Marsidi & Ali Hj Ismail sdg sibuk menyelenggarakan acara pengundian.


Walaupun sudah terpilih menjadi Presiden namun Ali Hj Ismail terus menjlnkan tugas selaku pengendali audio/visual.


Sebahagian dari ahli2 VFA yg hadir kelihatan Sidek Eya, Samsol Abd Rahim & Safri Hj Masri.


Pea Chong Koon, Kasmi Hj Abd Hamid @ Master & Ampuan Sabtu.


Turut kelihatan Suni Mat Jerah, Ukoi Anam, Hj Hassan Hj Damit, Lim Sun Hui & Liew Chuan Fue (berdiri).


Di meja yg lain ialah Ustaz Hj Ahmad Hj Mohin, Yassin Mohd Noor & Sharbini Hj Mohidin.


Liew Chuan Fue bersama Puncha Gunong, Metussin Sumpong & Mail Tanjong.


Salah seorg ahli sedang mendaftar & menerima 'Meeting Kit' dari pihak urusetia.

Akhirnya, lalah & ngalih selama lebih satu tahun (dari ungkapan idea hingga menerima pengesahan dari Pendaftar Pertubuhan) terlerai sudah apabila Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) selesai menjalankan Mesyuarat Agong Pertama Sesi 2009/2012 mlm tadi bertempat di Ting. 1, Hotel LR Asma, jam 8.15 malam.

Dlm mesyuarat itu ahli2 VFA telah memilih Ahli Jawatankuasa Tadbir Sesi 2009/2012. Senarainya adalah spt berikut;

Presiden: Awg Ali Hj Ismail

Naib Presiden: Ustaz Hj Ahmad Hj Mohin & Pg Anak Hj Damit Baharuddin


Setiausaha Agong: Awg Liew Chuan Fue

Timb. S/Usaha Agong: Awg Jabar bin Ithnin

Bendahari Agong: Awg Hj Zainol Ariffin bin Hj Jumaat

Timb. Bendahari Agong: Ishak bin Hj Kabon

Ahli Jawatankuasa: Awg Pea Chong Koon, Awg Ukoi Anam, Awg Puncha Gunong, Awg Lim Sun Hui, Awg Sharbini bin Hj Mohidin & Awg Kasmi bin Hj Abd Hamid


Melalui kesempatan ini VFA mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga kpd Pg Hj Metussin Pg Hj Metassan (siapa yg telah mencadangkan penubuhan VFA), AJK2 Penaja, Sheikh Nordin Sheikh Hj Mohamad (S/Usaha Agong FFBD), Mohd Isa Hj Marsidi, ahli2 VFA dan individu2 lain yg tidak tersebut namanya. Hanya Allah swt shj yg mampu membalas budi & jasa baik biskita hingga terlaksananya penubuhan VFA.

Dengan ini VFA akan terus bergiat cergas mengungkayahkan pelbagai aktiviti bukan shj utk para ahlinya akan tetapi juga utk peminat2 bola sepak di negara ini dlm semua peringkat & kpd masyarakat Brunei Darussalam secara umumnya. Doakanlah agar VFA terus berjalan & menabur bakti dgn jayanya utk kebaikan bersama. Kpd mana2 individu atau bekas pemain2 bola sepak terutama bekas pemain2 kebangsaan, awda dialu2kan utk menjadi ahli & seterusnya bergiat aktif bersama VFA di masa2 akan dtg.

Prof: Sangat nostalgik kerana kewujudan VFA ditengah2 krisis yg sdg melanda senario bola sepak negara. Harap2 VFA akan menjadi 'pendamai' atau 'penyejuk' utk kita semua kerana kita sama2 cintakan sukan bola sepak ini.

Jumaat, 27 November 2009

MESYUARAT AGONG PENUBUHAN VFA

Pihak AJK Penaja Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) Brunei Darussalam telah membuat keputusan utk menukar tempat berlangsungnya Mesyuarat Agong Penubuhan (AGM) ke tempat, tarikh & masa seperti di bawah;

TARIKH: 29 NOVEMBER 2009/AHAD
MASA: 7.30 MALAM
TEMPAT: HOTEL ASMA, JERUDONG

Diharap kpd semua AJK Penaja, para pemain, ahli2 yg sudah mendaftar hendaklah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Kpd mereka2 yg berminat utk menjadi ahli VFA masih boleh berbuat demikian dgn datang terus ke tempat tersebut di atas, mengisi borang ahli & membayar yuran pendaftaran (B$100) serta yuran tahunan (B$30) sebelum mesyuarat berlangsung.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1430H/2009M

KARNIVAL BOLASEPAK FFBD

Sempena musim cuti persekolahan yg akan datang ini, Persekutuan Bolasepak Brunei Darussalam (FFBD) akan menganjurkan Karnival Bolasepak FFBD. Ianya terbuka kpd dua kategori iaitu utk kanak2 berusia Bawah 10 tahun & Bawah 13 tahun. Penyertaan adalah terbuka kpd sekolah2, akademi2 bolasepak & kelab2 di seluruh Brunei DS.

Bagi kategori Bawah 10 tahun, pasukan2 hendaklah menyenaraikan para pemain yg lahir pd 1/1/1999 & ke atas, manakala bagi kategoti Bawah 13 tahun pula adalah terbuka utk pemain2 yg lahir pd 1/1/1996 dan ke atas. Setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan 10 orang pemain utk satu2 penyertaan. Borang2 boleh didapati di;

Urusetia FFBD
Tingkat 1, Bangunan Setia Kenangan, Kiulap
Bandar Seri Begawan.
Tel: 2233813

Sebelum ini pihak FFBD telah dgn jayanya menganjurkan kejohanan Bawah 14 & 16 Tahun sebagai salah satu program pembangunan jangka panjang mereka utk memajukan & meningkatkan martabat sukan bola sepak di negara ini. Jika program2 spt ini berterusan dari masa ke semasa & dibantu oleh projek pembangunan bersepadu & mempunyai wawasan jangka panjang, nescaya mutu bola sepak Brunei Darussalam akan bertambah baik.

KEJOHANAN 7 SIDE D KB

Pihak Jabatan Belia dan Sukan cawangan Daerah Belait akan menganjurkan Kejohanan Bolasepak 7 Sepasukan 2009 yg akan diadakan pd 11-13 December 2009, bertempat di Komplek Sukan Mumong, Kuala Belait. Kejohanan adalah terbuka kepada pasukan2, kelab2, kampung, mukim, daerah & jabatan2 kerajaan di seluruh Negara Brunei Darussalam.

Kpd mereka2 yg berminat bolehlah mendapatkan borang penyertaan di Komplek Sukan Mumong, Kuala Belait atau menghubungi Awang Jamhari Lani di talian 8816900. Yuran penyertaan adalah B$80.00 utk setiap pasukan manakala pemenang akan menerima hadiah wang tunai, piala & sijil penyertaan. Tarikh tutup mengantar borang penyertaan adalah pd 3 Dec 2009.

Khamis, 26 November 2009

SANTOKH SINGH SEMAKIN PULIH



Kelihatan Santokh Singh sdg mendengar nasihat dari Timb. Menteri Belia & Sukan Malaysia Dato' Razali Ibrahim sambil diperhatikan oleh Ketua Pengarah MSN, Dato' Zolkples Embong.


Lagenda bola sepak Malaysia, Santokh Singh (57 tahun) dikhabarkan kini semakin pulih dan boleh makan-minum serta sudah mengenali rakan2 yg meziarahi beliau setelah 10 hari terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat rebah di rumahnya lalu tidak sedarkan diri. Mengikut keterangan isterinya, otak bekas pemain yg seangkatan dgn Mokhtar Dahari itu telah dijangkiti kuman dan pihak doktor yg merawat beliau berjaya mengurangkan jangkitan tersebut.

Sejak dimasukkan ke HKL sepuluh hari lalu, Santokh Singh telah menerima ziarah dari pelbagai lapisan masyarakat terutama rakan2 bekas pemain bola sepak Selangor dan Malaysia, para pemimpin sukan, ahli politik dan tidak terkecuali para peminat yg selama ini begitu prihatin akan keselamatan dirinya. Saya juga turut berharap agar Santokh cepat sembuh dan mampu menikmati kembali hidupnya bersama keluarga tercinta.

Prof: Masih menanti khabar dari Kota Singa mengenai keberadaan seorg lagi lagenda bola sepak kita iaitu Dollah Kassim yg turut tidak sedarkan diri & terlantar di hospital.

Rabu, 25 November 2009

YASUHITO ENDO - PLAYER OF THE YEAR AFC




Yasuhito Endo AFC Player of the Year 2009 menerima anugerah drp Mohammad Hammam, Presiden AFC.

Pemain Jepun dari kelab Gamba Osaka, Yasuhito Endo telah memenangi anugerah Player of The Year AFC dlm satu majlis penyampaian anugerah tahunan badan induk bola sepak Asia itu di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur baru2 ini.

Endo telah mengatasi pemain2 spt Firas Al Khatib (Syria), Kengo Nakamura (Jepun), Hadi Aghily (Iran) & Syed Mohamed Adnan (Bahrain) yg telah disenarai pendek apabila memunggut 120 mata. Mata2 tersebut diperolehi dari para 'match commissioners' yg mengendali kesemua perlawanan yg dianjurkan oleh AFC dan juga mata yg diberikan oleh AFC Technical Study Group.

Sementara itu dlm majlis yg sama, negara Jepun telah memenangi 6 anugerah kesemuanya mengatasi negara2 lain namun Korea Selatan muncul pemenang utk anugerah National Team of the Year. Untuk keputusan penuh sila layari laman web www.the-afc.com.

Prof: Amat mengecewakan ialah tiada pemenang dari rantau Asean, waima utk 5 pencalonan terakhir. Apa dah jadi dgn projek2 pembangunan AFF? Bila akan berhasil? Sudah berjalan ke belum?

Isnin, 23 November 2009

BRUNEI VETERAN PERTAHAN KEJUARAAN BORNEO


Brunei Veteran Juara Borneo Football Cup 2009 buat kali kedua berturut-turut.

Brunei Veteran sekali lagi mengharumkan nama Brunei Darussalam apabila mempertahankan kejuaraan yg dimenangi tahun lalu iaitu Borneo Football Cup 2009 yg berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pd 21 & 22 November 2009 lalu. Lebih manis lagi utk edisi kali ini Brunei DS telah diwakili oleh 2 pasukan yg mana bertemu sesama mereka di peringkat suku akhir (Brunei Veteran telah menewaskan Brunei Masters).

Dlm perlawanan perlawnan akhir, Brunei Veteran telah menumpaskan finalis tahun lalu iaitu MX10 yg terdiri dari beberapa bekas pemain Sabah. Tahun lalu mereka bermain di bawah nama Lecoq FC dan tahun ini sekali lagi tunduk 3-2 kpd Brunei Veteran. Dlm final tahun lalu perlawanan ditentukan hingga ke sepakan penalti tetapi tahun ini perlawanan berakhir sepenuh masa.

Antara pemain2 yg mewakili Brunei Veteran ialah Md Sallehin Kee Abdullah, Mohamad Saidy Abdullah Tujoh, Azamanuddin Hj Gillen, Pg Sallehuddin Pg Hj Damit, Hj Hassan Hj Damit, Brain Bothwell, Ishak Hj Ibrahim, Osman Hj Apong, Puncha Gunong dan Suni Mat Jerah, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala & hadiah individu.

Prof: Bangga dgn kesungguhan mereka utk beraksi kali ini memandangkan pelbagai masalah dihadapi sebelum & selepas bertolak ke KK. Berkat kesabaran mereka akhirnya membuahkan hasil. Gambar2 & liputan lengkap akan dimuatkan dlm posting berikut.

Sabtu, 21 November 2009

SANTOKH SINGH PULA KOMA


Santokh Singh bersama 'kembar siam'nya Dato' Soh Chin Aun ketika zaman kegemilangan mereka dlm pasukan Malaysia.

Kelmarin (20 November 2009) seorang lagi pemain hebat & lagenda Selangor dan Malaysia iaitu Santokh Singh telah rebah di rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur dan tidak sedarkan diri. Bulan lalu kita dikejutkan oleh berita di mana Dollah Kassim telah jatuh pengsan dan koma kini giliran Santokh Singh pula.

Santokh dikhabarkan oleh isterinya, pd mulanya merasa pening2 dan terus terjatuh di rumahnya kira2 pukul 11.00 pagi. Isterinya terus menghubungi ambulan dan Santokh yg sudah tidak sedarkan diri terus dibawa ke hospital.

Era 70 & 80 an adalah zaman di mana Santokh Singh bersama Datuk M. Chandran, Dato' Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, R. Arumugam, Khalid Ali dan lain2 jaguh Selangor serta Ali & Isa Bakar, Shukor Salleh, Dato' Jamal Nasir, Bakri Ibni, James Wong, Hassan Sani & ramai lagi jaguh2 Malaysia telah mengangkat nama Malaysia hingga layak ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali iaitu 1972 (Munich, Jerman) dan 1980 (Moscow, Soviet Union).

Sebagai peminat bola sepak dan pernah beberapa kali bertemu, berbual & menemuramah Santokh, saya mendoakan agar beliau sedar kembali dan sihat walafiat. Juga dikhabarkan Santokh baru selesai mengadakan sesi bimbingan bola sepak kpd kanak2 sehari sebelum itu.

Prof: Saya sangat terharu dgn apa yg berlaku. Pemain2 bola sepak begitu bersemangat utk membangunan sukan itu hingga ke akhir hayat mereka, malangnya segelintir pemimpin/pengurusan telah 'menderhakai' dgn membuat onar. Inilah masalah bola sepak kita.


FIFA GANTUNG IRAQ

Pd 20 Nov 2009 (Jumaat), FIFA melalui Emergency Committee yg bersidang telah mengambil keputusan utk mengantung keanggotaan Iraqi Football Association (IFA). Keputusan itu diambil setelah mendapati bahawa pihak berkuasa negara bergolak itu mencampuri urusan dalaman IFA.

Sebelum itu pd 16 Nov 2009, Iraq Olympic Committee telah membubarkan IFA dan pasukan keselamatan Iraq telah mengambil alih ibu pejabat IFA di Baghdad. FIFA seterusnya memberikan tempoh 72 jam bagi pihak berkuasa Iraq utk mengembalikan ibu pejabat IFA dan semua AJK tadbirnya. Bagaimanapun setelah tempoh 72 jam berlalu tiada apa yg berlaku maka FIFA tiada pilihan melainkan menggantung IFA.

Keahlian IFA dlm FIFA hanya akan dikembalikan setelah pihak berkuasa di Iraq membenarkan IFA dan seluruh AJK tadbirnya diberikan hak mereka semula. Menurut FIFA dlm satu kenyataan, tindakan pihak berkuasa Iraq itu terang-terangan telah melanggar salah satu prinsip & undang2 yg termaktub dlm penubuhan FIFA.

Prof: Malang bagi juara Asia itu. Yang lebih malang lagi ialah kanak2 dan remaja yg bermain bola sepak di negara yg terjerumus dlm kancah peperangan itu. Saya akan mendptkan maklumat lebih lanjut dari rakan2 yg berada di Iraq.

Khamis, 19 November 2009

VFA HANTAR 2 PASUKAN KE SABAH


Brunei Veteran yg menjuarai Borneo Football Cup 2008 di Kota Kinabalu, Sabah.

Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) Brunei Darussalam dgn bantuan FFBD telah menghantar 2 buah pasukan yg akan menyertai kejohanan Borneo Football Cup 2009 yg akan berlangsung pd 21 & 22 Nov. 2009, bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Kejohanan adalah anjuran Borneo Sports Holliday dan kendalian bekas pemain import Sabah dari Australia, Scott Orrelenshaw.

Keputusan menghantar dua buah pasukan (Veteran & Masters) diambil setelah penyertaan pasukan Masters di Singapura telah dibatalkan oleh pihak penganjur FAS. Oleh itu pasukan Masters terpaksa menyertai Borneo Football Cup 2009 walaupun bukan dlm kategori mereka. Kedua2 pasukan telah menjalani latihan kira2 sebulan yg lalu bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Pada edisi sulungnya tahun lalu pasukan Brunei Veteran telah muncul selaku juara apabila menumpaskan Lecoq FC (Sabah Veteran) melalui sepakan penalti. Ketika itu Brunei Veteran meraih hadiah wang tunai RM3,500 dan piala. Namun pd kejohanan kali ini hadiah wang tunai menurun sedikit iaitu RM2,00 (Johan), RM1,500 (Naib Johan), RM1,000 (Ketiga) & RM500 (keempat).

Pihak VFA mendoakan kejayaan kedua2 pasukan tersebut seterusnya berjaya mengharumkan nama Brunei Darussalam sekurang2nya setelah senario bola sepak kitani dilanda kemelut berpenjangan. VFA juga mengucapkan ribuan terima kasih kpd FFBD kerana banyak menghulurkan bantuan & sokongan tidak berbelah bahagi mereka.

Prof: Malang kali ini saya tidak dpt hadir kerana beberapa masalah teknikal & sibuk membuat persiapan AGM VFA akan dtg ini.

LENGKAP SUDAH 32 NEGARA PIALA DUNIA 2010


Thiery Henry (12), William Gallas (terlindung), Frank Malouda & Nicolas Anelka sdg bergembira merayakan kejayaan Perancis.

Perancis, Portugal, Greece, Slovenia, Alegria & Uruguay negara terakhir ke Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

Piala Dunia 2010 merupakan saat yg mungkin paling mendukacitakan Rep. Ireland kerana mereka dinafikan hak utk layak setelah pengadil membenarkan gol penyamaan Perancis oleh Willian Gallas kerana sebelum itu Thiery Henry yg membuat umpanan dilihat jelas menggunakan tangannya utk mengawal bola. Giovanni Trappatoni, pengurus pasukan dan para pemain Ireland terutama ketua pasukan Robie Keane yg menjaringkan gol awal pasti sangat kecewa & tidak mahu mengingati situasi itu. Perancis layak dgn aggregate 2-1.

Sementara itu, Russia rebah 0-1 ditempat sendiri oleh Slovenia. Kedudukan terikan 2-2 namun Slovenia layak berdasarkan jaringan di tempat lawan setelah Russia mencatat kemenangan tipis 2-1 di Moscow minggu lalu. Ukraine, suku akhir edisi 2006 di Jerman bagaimanapun gagal layak setelah tewas 0-1 di tangan Greece, juara Eropah 2004.

Portugal selesa setelah menang tipis 1-0 ke atas Bosnia-Herzegovinia dan layak dgn aggregate 2-0. Kini hasrat para peminat bola sepak dunia utk melihat Christiano Ronaldo, pemain termahal dunia utk beraksi di Afrika Selatan tercapai. Manakala playoff benua Amerika pula, spt dijangka Uruguay mengekang ancaman Costa Rica apabila seri 1-1 di Montevideo. Uruguay layak dgn aggregate 2-1.


Penjaga gol Algeria, Fawzi Chaochi dijulang oleh rakan2 setelah membantu negara Afrika Utara itu layak ke Piala Dunia 2010.

Slot terakhir benua Afrika pula memperlihatkan kecekalan Algeria akhirnya membuahkan hasil setelah membenam juara Afrika Mesir 1-0 di tempat berkecuali, Khartoum, Sudan. Maka kini lengkaplah 32 buah negara yg layak utk beraksi di Afrika Selatan 2010.

Prof: Pesta bola sepak empat tahun sekali pasti disambut dgn gembira oleh semua peminat sukan itu. Menarik kali ini kerana buat pertama kalinya Piala Dunia dihoskan oleh benua Afrika sama spt edisi 2002 di Korea & Jepun dahulu.

Ahad, 15 November 2009

CAMEROON, NIGERIA & NEW ZEALAND LAYAK KE AFRIKA SELATAN


Hero Nigeria Obafemi Martins sedang menaringkan salah satu dari dua golnya apabila membantu negaranya menewaskan Kenya 3-2.

Cameroon dan Nigeria, dua jaguh benua Afrika akhirnya layak ke Final Piala Dunia 2010 apabila menumpaskan lawan masing2 dlm perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Cameroon, veteran Piala Dunia menang 2-0 ke atas Maghribi di tempat lawan Nigeria pula juga menang di tempat lawan kpd Kenya tetapi dgn cara dramatik iaitu 3-2 setelah ketinggalan 1-0 pd separuh masa.

Obafemi Martin menjadi wira Nigeria apabila menghasilkan 2 gol membantu skuad 'Super Eagles' itu utk sekali lagi beraksi di Piala Dunia. Sebelum ini ini Ghana & Ivory Coast telah layak lebih awal apabila menjuarai kumpulan masing2 dgn mudah. Satu lagi tiket benua Afrika akan ditentukan 18 Nov 2009 akan dtg antara Mesir dan Algeria.

New Zeland aka All White mengulangi sejarah 1982 apabila layak ke Piala Dunia setelah menang tipis ke atas Bahrain 1-0 di Wellington. Kali ini sekali lagi benua Ocenia memiliki calon setelah pd edisi 2006 Australia telah layak tetapi itu tahun depan 'Socceroo' mewakili benua Asia dan telah layak lebih awal. Memang nasib tidak menyebelahi Bahrain kali ini kerana sejak pusingan pertama playoff mereka gagal menjaringkan gol walau memperolehi tendangan penalti.


Nikolas Anelka dgn bergaya menjaringkan gol tunggal negaranya Perancis di Croke Park, Dublin ketika menewaskan Ireland 1-0.

Tiga pasukan pilihan playoff benua Eropah iaitu Perancis, Russia dan Portugal menepati ramalan awal tatkala mencatatkan kemenangan ke atas lwn mereka. Russia yg bermain di Moskow menentang Slovenia mendpt bekal agak mencukupi setelah menang dgn kelebihan 2-0.
Perancis pula menang di tempat lawan hasil jaringan tunggal penyerang Chelsea Nikolas Anelka terhdp Republik Ireland. Namun Portugal yg turun tanpa kelibat pemain termahal dunia Christino Ronaldo hanya menang tipis 1-0 di tempat sendiri ke atas Bosnia-Herzegovinia.

Keputusan penuh playoff ialah;

Russia 2 - Slovenia 0, Greece 0 - Ukraine 0, Ireland 0 - Perancis 1, Portugal 1 - Bosnia-Herzegovinia 0, Costa Rica 0 - Uruguay 1, New Zealand 1 - Bahrain 0.

Playoff Eropah & Amerika Selatan akan berlangsung pd 18 Nov 2009 (Rabu).

Prof: Ingin melihat Russia, Perancis, Portugal, Greece, Mesir & Uruguay layak. Kehadiran mereka menambah menarik persaingan di Afrika Selatan nanti. Ramai kwn2 sudah berkira2 utk bawa sama2 ke Afrika Selatan.

Sabtu, 14 November 2009

SIDANG MEDIA PENUBUHAN VFA



Naib Presiden JK Penaja VFA, Awg. Ali Hj Ismail sedang di temubual oleh wakil RTB.



Awg Ali Hj Ismail turut menerangkan tujuan2 penubuhan dan informasi2 lain mengenai VFA kpd wakil RTB.




Pd 13hb. Nov 2009 (Jumaat), jam 3 ptg, bertempat di Restoran Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas telah berlangsung Sidang Media penubuhan Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) yg telah dihadiri oleh beberapa J/Kuasa Penaja dan wakil2 media cetak dan elektronik (RTB).

Dlm sidang media tersebut, Awg Ali Hj Ismail selaku Naib Presiden J/Kuasa Penaja telah menerangkan secara panjang lebar kronologi penubuhan VFA, tujuan2 dan syarat2 utk menjadi ahli VFA. Wakil2 media juga telah berkesempatan bertanyakan pelbagai persoalan berkenaan penubuhan VFA itu dan juga turut menyangkut senario bola sepak yg melanda Negara Brunei Darussalam khususnya.



Dari Kanan; Awg Ali Hj Ismail (Naib Presiden), Ishak Hj Kabon (Bendahari) dan Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat (Timb. Bendahari) antara J/Kuasa Penaja VFA yg hadir pd sidang media tersebut.



Antara wakil2 media yg hadir membuat liputan sdg menjamu selera bersama J/Kuasa Penaja VFA.

Antara syarat2 utk menjadi ahli VFA amat mudah sekali iaitu mereka mestilah berusia 35 tahun & ke atas dan membayar yuran pendaftaran B$100 (yg boleh dibayar secara ansuran sebanyak 3 kali) serta yuran tahunan $30. Sesiapa sahaja yg berminat utk menjadi ahli dialu-alukan mendaftar sebelum berlangsungnya Mesyuarat Agung Penubuhan utk membolehkan mereka dicalonkan dan mengundi. Selain itu, keahlian VFA turut tidak menghadkan kpd taraf kewarganegaraan, warna kulit, fahaman/ideologi & agama, ianya terbuka kpd semua (sejajar dgn dasar FIFA).

Oleh itu diseru kpd mereka2 yg berminat terutama pemain2 yg pernah mewakili Brunei Darussalam ke beberapa kejohanan jemputan antarabangsa sebelum ini supaya mendaftar menjadi ahli seberapa segera bagi membolehkan mereka bergiat cergas. Insya-Allah, VFA telah merancang & akan melaksanakan beberapa program yg mampu memberi satu nafas baru kpd perkembangan bola sepak di peringkat veteran.

Butiran Mesyuarat Agong Penubuhan VFA ;

Tarikh: 29hb. Nov 2009 (Ahad)
Masa: 7.45 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat, Stadium Tertutup, Komplek Sukan Negara, Berakas.

Prof: Selain melakukan aktiviti2 khusus kpd veteran, VFA turut bersedia menghulur tangan kpd pihak2 tertentu bagi membantu perkembangan & kemajuan bola sepak di Brunei DS.

Khamis, 12 November 2009

KELAYAKAN PIALA DUNIA MASUKI FASA TERAKHIR

Piala Dunia dlm genggaman ikon kebebasan & keamanan dunia, Nelson Mandela yg juga bekas Presiden Afrika Selatan.

Pada 18 Nov. 2009 (minggu depan) akan diketahui kesemua 32 pasukan yg akan beraksi dlm Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Kini 23 pasukan telah melayakkan diri dari kesemua benua (Asia, Eropah, Amerika Selatan, Amerika Tengah & Utara dan Afrika). Pd 14, 15 & 18 Nov 2009 adalah penyelesaian perlawanan playoff serta perlawanan terakhir peringkat kumpulan benua Afrika.

Paling menarik ialah playoff benua Eropah di mana beberapa negara gergasi bola sepak spt Perancis, Portugal dan Russia menghadapi perlawanan genting mereka. Soalnya negara manakah yg akan gagal layak mengikut langkah Sweden & Turki? Berikut adalah jadual playoff Eropah;

Pusingan Pertama 14hb & Pusingan Kedua 18hb Nov 2009.
Rep. of Ireland lwn Perancis Greece lwn Ukraine Portugal lwn Bosnia-Herzegovina Russia lwn Slovenia

Perlawanan2 playoff yg lain ialah;
Costa Rica lwn Uruguay New Zealand lwn Bahrain

Pasukan2 yg sudah layak ialah;
1. Argentina
2. Australia
3. Brazil
4. Belanda
5. Chile
6. Denmark
7. England
8. Germany
9. Ghana
10. Honduras
11. Itali
12. Ivory Coast
13. Jepun
14. Korea Selatan
15. Korea Utara
16. Mexico
17. Paraguay
18. Serbia
19. Slovakia
20. Sepanyol
21. Switzerland
22. USA
23. Afrika Selatan (tuan rumah)

Prof: Pesta setiap 4 tahun sekali ini adalah acara sukan terbesar dunia bagi satu jenis sukan. Olimpik adalah acara sukan terbesar tetapi melibatkan pelbagai jenis sukan. Ternyata bola sepak bertakhta sebagai sukan no. wahid (1) di dunia. Saya bangga menjadi salah seorg penganalisis bola sepak walaupun cuma sebagai org kerdil.

Isnin, 9 November 2009

KEJOHANAN BAWAH 16 TAHUN DI SABAH

Kedua2 pasukan PSC Jnr & SMK Usukan, Kota Belud sebagai johan bersama bergambar bersama DO William Sampil (dua dari kiri) selepas majlis penyampaian hadiah.

Ketua pasukan bersama DO William Sampil & Rainold J. Mokujin & piala rebutan.



Sebahagian dari aksi2 perlawanan akhir antara PSC Jnr & SMK Usukan, Kota Belud yg berkesudahan seri 0-0.

Pada 7 Nov 2009 (Ahad) yg lalu telah berlangsung Kejohaan Bolasepak Bawah 16 Tahun anjuran Papar Sport Center (PSC) dengan kerjasama Lembaga Sukan Negeri Sabah (Penampang Sport Comlex). Kejohanan tersebut dianjurkan merebut Piala PSC DO William Sampil yang turut sudi hadir menyampaikan hadiah2 kpd para pemenang.

Dlm kejohanan yg disertai oleh 5 buah pasukan itu, PSC Junior dan SMK Usukan, Kota Belud telah muncul sebagai johan bersama apabila kedua2 pasukan terikat 0-0 dlm perlawanan akhir.
Selain piala kejohanan, beberapa lagi anugerah telah disediakan oleh pihak penganjur, antaranya ialah;

Penjaring Terbanyak - Leopold Alphonso (5 gol) yg juga pemain Sabah Youth.
Pemain Terbaik - Azwan Aman Khan - kapten PSC Junior
Pemain Berpotensi - Fauzi Sani - SMK Usukan, Kota Belud.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kpd sahabat saya Sdr. Rainold J. Mokujin dari Komplek Sukan Penampang yg telah sudi menghantar gambar2 kpd saya melalui email. Utk kemajuan sukan bola sepak saya bersedia memberikan ruang dlm blog ini kpd sesiapa sahaja individu atau pertubuhan utk tujuan promosi.

Prof: Spt yg selalu saya perkatakan, projek pembangunan adalah kunci kpd kemajuan bola sepak di masa depan. Oleh itu usaha berterusan membangunnya dari peringkat paling dasar amat diperlukan.

Ahad, 8 November 2009

N. SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009

Pemain muda bebakat besar, Shahurain Abu Samah menjaringkan gol pertama N. Sembilan.

Pemain2 N. Sembilan membawa Piala Malaysia mengelilingi stadium tanda meraikan kejayaan mereka.
Saat paling gembira, pemain & pegawai 'Hoben Jang Hoben' sebaik dinobat Juara Piala Malaysia 2009.

Sekalung tahniah buat Negeri Sembilan Darul Khusus kerana telah menjadi juara Piala Malaysia 2009 apabila menewaskan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung malam tadi (Sabtu/7 Nov. 2009) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Gol2 skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu dihasilkan oleh Shahurain Abu Samah (min 18), Hairuddin Omar (min 46) dan Zaquan Adha (min 59) manakala Kelantan membalas melalui Indra Putra Mahyuddin (min 90).

Kemenangan tersebut terhasil setelah menanti selama 61 tahun. Kali terakhir skuad 'Hoben Jan Hoben' itu menjuarai piala keramat itu ialah pada tahun 1948 (ketika itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya) dengan mengalahkan Selangor 2-1 dalam perlawanan akhir yg diadakan di Padang Kelab Diraja Selangor.

Syabas juga kita ucapkan kpd skuad 'Sang Rusa' Kelantan, walaupun mereka tewas namun skuad bimbingan B. Sathianathan itu telah membuktikan sesuatu setelah dilanda pelbagai masalah dan kamelut di awal dan pertengahan musim. Walaupun Kelantan dilarang beraksi dlm Liga M musim depan akan tetapi mereka pasti bangkit.

Prof: Seperti juga masalah di Brunei, FAM dilihat menghadapi proses transisi (peralihan). Beberapa pasukan telah dilarang menyertai Liga M kerana tidak menepati beberapa syarat ketat FAM. Kita perlu bertegas & bersikap professional utk maju. Dlm proses itu ianya memerlukan pengorbanan.

Jumaat, 6 November 2009

NOSTALGIA FINAL PIALA MALAYSIA

Ervin Boban, pemain import Johor menjadi wira dlm Final 1991 ketika menewaskan Selangor.

Para peminat membanjiri Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas menanti Piala Malaysia ke bumi Darussalam.
Rosli Leman, hero 2 gol Brunei DS sewaktu menumpaskan musuh tradisi jiran Borneo iaitu Sarawak dlm final 1999.

Awang Import Brunei DS Patron Akakpo & Brian Bothwell di kerumuni pemain2 Sarawak dlm final 1999 yg mendebarkan itu.

Spt yg kita ketahui bahawa Piala Malaysia adalah kejohanan bola sepak tertua di Asia (sejak 1921), bermula dari Piala HMS Malaya, Piala Malaya dan seterusnya Piala Malaysia. Setiap final mempunyai ceritanya yg tersendiri. Namun bagi posting saya kali ini, saya hanya menukilkan cerita atau nostalgia yg menyentuh diri saya sahaja.

Zaman remaja (persekolahan) saya bukanlah seorang pemain bola sepak yg hebat, cuma berjaya mewakili peringkat sekolah. Tradisi anak2 muda Melayu di Semenanjung Malaysia, meminati dan bermain bola sepak memang sudah berakar-umbi. Begitu juga dgn saya. Di kampung, di sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke pusat latihan, saya tetap bermain bola sepak. Spt diatur oleh Allah swt, setelah tamat pusat latihan saya ditawarkan kerja sebagai jurugambar di sebuah penerbitan yg baru menerbitkan majalah bola sepak pertama di Malaysia iaitu LIGA.

Tidak sampai 2 bulan memegang tugas sebagai jurugambar, memandangkan penerbitan kami kecil maka editor saya 'memaksa' saya membuat artikel pula (menemuramah & mengarang). Entah kenapa saya terus menerima arahan tanpa persoalan dan idea penulisan terus mengalir dari kotak fikiran hingga kini. Saya sangat bersyukur dianugerahkan Allah swt dgn kebolehan yg dikurniakan-Nya ini. Sejak itu saya bertekad utk terus menulis dan memberi sumbangan kpd kemajuan sukan bola sepak yg saya minati ini tanpa mengira apa bentuk tekanan & cabaran yg diterima kerana saya mengambil sikap 'vokal' (menegakkan yg hak & menyanggah yg bathil) dlm menghadapi apa jua persoalan yg melingkari senario bola sepak di sekitar saya tidak kira di mana jua saya berada. Jika ada sesiapa yg mempersoalkan taraf kewarganegaraan saya maka org itu telah melanggar undang2 FIFA. Bagi FIFA, bola sepak tidak membezakan warganegara, warna kulit, kaum, bangsa dan agama. Jika ini org atau pihak yg bersifat sedemikian maka FIFA akan bertindak!

Dlm perjalanan itu bermacam peristiwa pahit & manis telah dialami. Mungkin dlm kesempatan lain saya akan menceritakannya dgn panjang lebar. Utk kali ini biar saya nukilkan nostalgia atau cerita saya dgn final Piala Malaysia shj dulu. Di bawah adalah secebis nota ringkas mengenainya;

Final 1983 - Selangor lwn Pahang:
Final tahun ini sangat memberi makna kpd saya kerana inilah tahun pertama saya ditugaskan utk membuat liputan. Perasaan gemuruh terus menekan jiwa saya sebaik memasuki Stadium Merdeka kerana bukan penonton yg ramai (65 ribu), tetapi saya khuatirkan rakan2 sekerja dari media2 yg lain. Berbagai persoalan yg timbul; apakah saya mampu mendpt 'shot'2 yg menarik atau saya akan 'tewas' oleh puluhan lagi jurugambar lain. Pemain2 bertarung di padang dan tamat dlm 90 minit tetapi kami (jurugambar & wartawan) terus 'bertarung' sewaktu penyampaian hadiah (utk mendptkan shot2 yg menarik & penting) dan selepas itu (mendptkan cerita2 sampingan yg menarik tentang pemain atau pasukan yg kalah atau menang). Memang menjadi lumrah kami, jika tidak mendpt 'cerita' lain dari media berlainan maka kami akan dimaki, sumpah-seranah dan dicemuh dgn kata2 kesat atau lucah oleh boss di pejabat pd keesokkan harinya. Itulah tradisi kewartawanan dulu. Dgn cara itulah juga kami maju dan berjaya sebagai seorang penulis 'sebenar', teguh kpd pendirian dan berani mendepani apa jua masalah dan persoalan.

Berbalik kpd final tadi, akhirnya Selangor dgn kehebatan Mokhtar Dahari @ Super Mokh berjaya merampas kembali Piala Malaysia dgn kemenangan dramatik 3-2. Saya turut bersyukur berjaya melaksanakan tugasan dgn cemerlang juga.

Final 1985 - Johor lwn Wilayah Persekutuan (KL)
Bagi saya, final kali ini adalah paling bermakna kerana negeri tanah tumpah darah saya iaitu Johor Darul Takzim muncul juara buat pertama kalinya dan yg paling penting di depan mata saya serta saya merekodkannya dgn lensa kamera saya. Betapa gembiranya saya waktu itu tidak terkata tetapi demi tugasan secara professional saya tidak dpt memperlihatkannya, membuat liputan tidak boleh dicampuk-aduk dgn emosi dalaman. Mesti professional!

Final 1987 - KL lwn Kedah
Kali ini peristiwa agak romantis sedikit. Saya tidak lagi membuat tugasan lapangan kerana sudah naik pangkat jdi 'Editor' hehe. Tetapi saya menyaksikan final ini dgn 'buah hati' yg kini menjadi isteri saya. Amat lain sekali rasanya. Terbiasa berada di tepi padang bertugas & bersesak2 utk mendptkan shot menarik ketika penyampaian hadiah & curi2 menemuramah pemain atau pegawai demi mendptkan 'skop' atau cerita sampingan, kini saya duduk di bangku penonton menyaksikan perlawanan. KL menang 1-0 buat pertama kali hasil jaringan K. Kannan dan umpanan oleh sahabat baik saya Subadron Aziz.

Final 1999 - Brunei lwn Sarawak
Final 'Borneo Derby' ini juga mempunyai nilai sejarah tersendiri. Buat pertama kali dlm sejarah Piala Malaysia dua pasukan Borneo bertarung dlm final & buat pertama kali juga Piala Malaysia akan menyeberang Laut Cina Selatan (satu2nya hingga kini). Saya dan beberapa org teman telah menganjur pakej menyaksikan final. Dlm rombongan kami seramai 100 org peminat fanatik Brunei DS. Rosli Leman jdi hero dgn dua gol pantas. Kami berpesta di lobi hotel penginapan hingga tepi jalan Bukit Bintang sampai pagi. Cukup indah kerana negara tempat saya bermastautin muncul juara Piala Malaysia. Apa yg berlaku selepas itu hingga kini telah menjadi sejarah.

(Kawan2 lama wartawan di KL rupanya sudah menunggu saya utk belanja makan di Restoran Yussof - di Stadium Merdeka - makan nasi kandar. Sambil makan kami sama2 mengimbau kenanagan lama membuat liputan di sana)

Final 2008 - Kedah lwn Selangor.
Stadium Nasional Bukit Jalil jadi pentas final kali ini. Final kali ini bermakna kerana saya menjadi Editor Bulletin Kenari (majalah rasmi KFA). Walaupun mendapat jemputan khas namun saya mengambil keputusan utk membeli tiket $8 dan duduk di tempat paling atas sekali. Senghaja utk merasai suasana meriah di tengah2 90 ribu org penonton (tentulah bersama Hijau Kuning). Bagi saya bola sepak tidak akan padam sampai bila2, memang ianya sukan no 1 di dunia. Akhirnya Kedah sekali lagi mencatat kejayaan dan saya berbangga menjadi pencatat sejarahnya dgn penerbitan Bulletin Kenari. Itulah keistimewaan seorg wartawan, menyaksi, mencatat & mengulas sejarah.

Prof: Malang sekali saya tidak dpt mengutip ratusan gambar2 kenangan itu. Yg ada dlm simpanan saya dlm bentuk hitam-putih & ada yg sudah rosak. Insya-Allah saya akan cuba mencari gambar2 tersebut utk tatapan kita semua melalui sumber2 lain.

Selasa, 3 November 2009

JUARA EPL - THE REDS TERPAKSA TUNGGU MUSIM DEPAN

Situasi terkini jelas melihatkan kpd kita Rafael Banitez dlm keadaan cukup tertekan.

Ini adalah tanggapan saya! Jangan marah kpd penyokong fanatik Liverpool (saya juga peminat tegar The Reds). Pendapat ini saya kemukakan berdasarkan pengalamam, statistik, sejarah dan penilaian kpd prestasi lawan. Bagi saya takhta EPL bakal direbut oleh Chelsea, Man Utd & Arsenal, malah Man City atau Spurs masih belum mampu menguggat.

Ketiga2 kelab tersebut hanya tewas 2 kali setakat ini sementara 5 kpd skuad Rafael Banitez. Terbaru ialah tewas 1-3 kpd Fulham di Craven Cottage. Gerrard masih belum pulih manakala Fernando Torres juga tidak berada dlm tahap cergas 100%. Inilah sahaja 2 senjata utama Liverpool, sementara Chelsea, Man Utd & Arsenal memiliki ramai lagi pemain cukup berkualiti, cergas dan pd tahap dunia.

Chelsea mempunyai banyak kelebihan & pilihan dari segi pemain sama ada bahagian pertahanan, midfield ataupun serangan. Kita telah melihat bagaimana Carlo Ancelotti telah berkali2 menggunakan pilihan pemain midfield yg pelbagai utk membantu Nicholas Anelka & Drogba di hadapan; dgn Frank Lampard, Essien & Michael Ballack kekal diturunkan, pengurus dari Itali itu sering menukarkan gandingan di sayap antara spt Malouda, Soloman Kalou, Deco dan kini Joe Cole telah muncul kembali. Pertahanan skuad The Blues itu juga mantap dgn gandingan John Terry & Cavalho di tengah serta Ashley Cole (kiri) & Bosingwa (kanan), malah mereka sering menjaringkan gol musim ini.

Manakala bagi Alex Ferguson pula titik perubahan mereka ialah tatkala 'window transfer' bulan Januari nanti. Ferguson masih belum menggunakan sepenuhnya senjata utamanya ini iaitu wang!. Memang waktu ini barisan serangan Red Devils masih belum menggegar (Berbatov, Rooney & Owen). Tetapi dgn 'wang saku' yg banyak hasil penjualan Ronaldo kpd Madrid akan digunakan sepenuhnya oleh Ferguson dan khabarnya beliau sdg dlm perundingan utk menambat dua penyerang Sepanyol, David Villa & David Silva. Jika ini menjadi kenyataan maka 'malapetaka' kpd kelab2 lain dlm EPL.

Arsenal sudah mula melihatkan taringnya. Samir Nasri dan Eduardo bakal membarisi kesebelasan utama setelah pulih dari kecederaan. Lihat sahaja bagaimana corak mereka bermain ketika membenam Spurs 3-0 minggu lalu. Ditambah dgn kehadiran kedua2 pemain midfield & penyerang itu serta sentuhan berbisa Robie van Persie mula menyerlah, jawapannya 'malapetaka kedua' kpd kelab2 EPL lainnya.

Apa yg ada pd Liverpool ialah mengharapkan 'El Nino' Torres & Gerrard kembali pulih 100%, ketiga2 pencabar ini tewas sekurang2nya 3 perlawanan lagi, Liverpool mesti menang semua pelawanan berbaki dan yg terakhir ialah ada 'billionaire' yg sanggup mencurahkan wang tunai utk membeli saham Liverpool & seterusnya membawa pemain2 ternama dunia ke Anfield, sekurang2nya 2 org iaitu penyerang & midfield. Jika semua ini tidak berlaku maka para peminat The Reds cuma mengharapkan agar Chelsea juara EPL musim ini dan bukan Man Utd kalau tidak 'pedih hati' melihat peminat Red Devils bergembira mendahului Liverpool dgn 19 kejuaraan liga (kini terikat 18 kejuaraan antara keduanya).

Prof: Masih terbayang2 Arsenal menjualang juara liga di Anfield dgn kemenangan 2-0 sdgkan Liverpool hanya memerlukan seri utk bergelar juara. Tambah pedih gol kedua The Gunners dijaringkan pd minit ke 89.

Isnin, 2 November 2009

JBS BELAIT ANJUR PESTABOLA 2009

Jabatan Belia dan Sukan Daerah Belait akan menganjurkan Pestabola 2009 yang diselajurkan dengan Karnival Amal Belia dan Sukan pada 11 - 13 Disember 2009, bertempat di Komplek Sukan Mumong, Kuala Belait. Pelbagai acara telah dirancang utk dianjurkan antaranya ialah Bolasepak 7 Sepasukan, bola jaring, sepak takraw, bola keranjang dan banyak lagi.

Yuran penyertaan adalah $80 setiap pasukan. Penyertaan adalah terbuka kpd pasukan2 yang berminat dari segenap pelusok negara. Borang penyertaan boleh didapati di pejabat JBS Belait, Komplek Sukan Mumong atau menghubungi terus Awg. Jamhari Lani di talian 8816900.

MESYUARAT AGONG PENUBUHAN VFA

Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) yg telah bermesyuarat malam tadi (1 Nov 2009) telah memutus tarikh, masa dan tempat berlangsungnya Mesyuarat Agong Penubuhan VFA iaitu:

Tarikh: 29 Nov. 2009 (Ahad)
Masa: 7.45 malam
Tempar: Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah

* Tertakluk kepada perubahan.

Dan dengan itu pendaftaran untuk menjadi ahli VFA akan dibuka mulai sekarang. Syarat2 utk menjadi ahli amat mudah; berumur 35 tahun dan ke atas, membayar Yuran Ahli $100 (boleh dibayar secara ansuran sebanyak 3 kali) dan Yuran Tahunan $30. Borang permohonan akan diedarkan kpd AJK2 Penaja VFA dlm masa terdekat.

Antara AJK2 Penaja VFA yg hadir dlm mesyuarat pd malam tadi ialah Pg Anak Hj Damit Baharuddin (Presiden), Ali Hj Ismail (N. Presiden), Jabar Ithnin (S/U Agong), Azamanuddin Hj Gillen (Timb. S/U Agong), Ishak Hj Kabon (Bendahari Agong), Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat (Timb. Bendahari Agong) dan Hj Norazmi PD Hj Abd Razak (AJK).

Prof: Alhamdulillah akhirnya tertubuh jua VFA dan dipanjatkan doa agar VFA terus aktif sampai bila2. Saya yakin ramai bekas2 pemain kebangsaan yg berkaliber tampil menyertai VFA sebagai wadah perjuangan mereka.

Ahad, 1 November 2009

FAS BATAL PENYERTAAN BRUNEI VETERAN

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana agak lama tidak membuat posting dlm blog ini. Sebenarnya saya menghadapi sedikit masalah dan Alhamdulillah kini telah selesai dan saya kembali mengisi ruang2 kosong utk membicarakan soal bola sepak kitani yg sama2 kita minati.

Bagaimanapun, berita pertama yg ingin saya khabarkan ialah mengenai penyertaan Brunei Veteran dlm kejohanan Singapore 9's Masters yg dijadualkan berlangsung pd 21 & 22 Nov 2009 telah dibatalkan oleh pihak penganjur iaitu FAS. Pembatalan tersebut terpaksa dilakukan oleh FAS memandangkan mereka tidak mahu terdapat perkara berbangkit akibat dari penggantungan BAFA oleh FIFA. Untuk menjaga kepentingan kedua2 pihak maka FAS dgn hati yg berat terpaksa membatalkan penyertaan Brunei Veteran.

Akan tetapi, skuad Brunei Veteran yg sudah menjalani latihan sejak sebulan lalu tidak putus harapan kerana mereka akan menyertai Borneo Open yg akan berlangsung pd tarikh yg sama. Walupun Borneo Open terbuka utk pemain2 40 tahun ke atas dan Singapore 9's Master utk 45 tahun ke atas, namun Brunei Veteran tetap bersemangat utk meneruskan perjuangan mereka. Syabas diucapkan kpd pemain2 veteran kita. Semangat sebeginilah yg patut dicontohi oleh pemain2 muda agar mereka terus maju di masa depan.

Prof: Terkejut mendpt email yg dikirimkan oleh wakil FAS itu dua hari yg lalu. Namun itulah akibatnya yg terpaksa kita tanggung bersama. Memang pahit dan menyakitkan.