Sabtu, 21 November 2009

FIFA GANTUNG IRAQ

Pd 20 Nov 2009 (Jumaat), FIFA melalui Emergency Committee yg bersidang telah mengambil keputusan utk mengantung keanggotaan Iraqi Football Association (IFA). Keputusan itu diambil setelah mendapati bahawa pihak berkuasa negara bergolak itu mencampuri urusan dalaman IFA.

Sebelum itu pd 16 Nov 2009, Iraq Olympic Committee telah membubarkan IFA dan pasukan keselamatan Iraq telah mengambil alih ibu pejabat IFA di Baghdad. FIFA seterusnya memberikan tempoh 72 jam bagi pihak berkuasa Iraq utk mengembalikan ibu pejabat IFA dan semua AJK tadbirnya. Bagaimanapun setelah tempoh 72 jam berlalu tiada apa yg berlaku maka FIFA tiada pilihan melainkan menggantung IFA.

Keahlian IFA dlm FIFA hanya akan dikembalikan setelah pihak berkuasa di Iraq membenarkan IFA dan seluruh AJK tadbirnya diberikan hak mereka semula. Menurut FIFA dlm satu kenyataan, tindakan pihak berkuasa Iraq itu terang-terangan telah melanggar salah satu prinsip & undang2 yg termaktub dlm penubuhan FIFA.

Prof: Malang bagi juara Asia itu. Yang lebih malang lagi ialah kanak2 dan remaja yg bermain bola sepak di negara yg terjerumus dlm kancah peperangan itu. Saya akan mendptkan maklumat lebih lanjut dari rakan2 yg berada di Iraq.

Tiada ulasan: