Isnin, 2 November 2009

MESYUARAT AGONG PENUBUHAN VFA

Ahli Jawatankuasa Penaja Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) yg telah bermesyuarat malam tadi (1 Nov 2009) telah memutus tarikh, masa dan tempat berlangsungnya Mesyuarat Agong Penubuhan VFA iaitu:

Tarikh: 29 Nov. 2009 (Ahad)
Masa: 7.45 malam
Tempar: Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah

* Tertakluk kepada perubahan.

Dan dengan itu pendaftaran untuk menjadi ahli VFA akan dibuka mulai sekarang. Syarat2 utk menjadi ahli amat mudah; berumur 35 tahun dan ke atas, membayar Yuran Ahli $100 (boleh dibayar secara ansuran sebanyak 3 kali) dan Yuran Tahunan $30. Borang permohonan akan diedarkan kpd AJK2 Penaja VFA dlm masa terdekat.

Antara AJK2 Penaja VFA yg hadir dlm mesyuarat pd malam tadi ialah Pg Anak Hj Damit Baharuddin (Presiden), Ali Hj Ismail (N. Presiden), Jabar Ithnin (S/U Agong), Azamanuddin Hj Gillen (Timb. S/U Agong), Ishak Hj Kabon (Bendahari Agong), Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat (Timb. Bendahari Agong) dan Hj Norazmi PD Hj Abd Razak (AJK).

Prof: Alhamdulillah akhirnya tertubuh jua VFA dan dipanjatkan doa agar VFA terus aktif sampai bila2. Saya yakin ramai bekas2 pemain kebangsaan yg berkaliber tampil menyertai VFA sebagai wadah perjuangan mereka.

Tiada ulasan: