Khamis, 19 November 2009

VFA HANTAR 2 PASUKAN KE SABAH


Brunei Veteran yg menjuarai Borneo Football Cup 2008 di Kota Kinabalu, Sabah.

Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) Brunei Darussalam dgn bantuan FFBD telah menghantar 2 buah pasukan yg akan menyertai kejohanan Borneo Football Cup 2009 yg akan berlangsung pd 21 & 22 Nov. 2009, bertempat di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Kejohanan adalah anjuran Borneo Sports Holliday dan kendalian bekas pemain import Sabah dari Australia, Scott Orrelenshaw.

Keputusan menghantar dua buah pasukan (Veteran & Masters) diambil setelah penyertaan pasukan Masters di Singapura telah dibatalkan oleh pihak penganjur FAS. Oleh itu pasukan Masters terpaksa menyertai Borneo Football Cup 2009 walaupun bukan dlm kategori mereka. Kedua2 pasukan telah menjalani latihan kira2 sebulan yg lalu bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Pada edisi sulungnya tahun lalu pasukan Brunei Veteran telah muncul selaku juara apabila menumpaskan Lecoq FC (Sabah Veteran) melalui sepakan penalti. Ketika itu Brunei Veteran meraih hadiah wang tunai RM3,500 dan piala. Namun pd kejohanan kali ini hadiah wang tunai menurun sedikit iaitu RM2,00 (Johan), RM1,500 (Naib Johan), RM1,000 (Ketiga) & RM500 (keempat).

Pihak VFA mendoakan kejayaan kedua2 pasukan tersebut seterusnya berjaya mengharumkan nama Brunei Darussalam sekurang2nya setelah senario bola sepak kitani dilanda kemelut berpenjangan. VFA juga mengucapkan ribuan terima kasih kpd FFBD kerana banyak menghulurkan bantuan & sokongan tidak berbelah bahagi mereka.

Prof: Malang kali ini saya tidak dpt hadir kerana beberapa masalah teknikal & sibuk membuat persiapan AGM VFA akan dtg ini.

Tiada ulasan: