Isnin, 9 November 2009

KEJOHANAN BAWAH 16 TAHUN DI SABAH

Kedua2 pasukan PSC Jnr & SMK Usukan, Kota Belud sebagai johan bersama bergambar bersama DO William Sampil (dua dari kiri) selepas majlis penyampaian hadiah.

Ketua pasukan bersama DO William Sampil & Rainold J. Mokujin & piala rebutan.



Sebahagian dari aksi2 perlawanan akhir antara PSC Jnr & SMK Usukan, Kota Belud yg berkesudahan seri 0-0.

Pada 7 Nov 2009 (Ahad) yg lalu telah berlangsung Kejohaan Bolasepak Bawah 16 Tahun anjuran Papar Sport Center (PSC) dengan kerjasama Lembaga Sukan Negeri Sabah (Penampang Sport Comlex). Kejohanan tersebut dianjurkan merebut Piala PSC DO William Sampil yang turut sudi hadir menyampaikan hadiah2 kpd para pemenang.

Dlm kejohanan yg disertai oleh 5 buah pasukan itu, PSC Junior dan SMK Usukan, Kota Belud telah muncul sebagai johan bersama apabila kedua2 pasukan terikat 0-0 dlm perlawanan akhir.
Selain piala kejohanan, beberapa lagi anugerah telah disediakan oleh pihak penganjur, antaranya ialah;

Penjaring Terbanyak - Leopold Alphonso (5 gol) yg juga pemain Sabah Youth.
Pemain Terbaik - Azwan Aman Khan - kapten PSC Junior
Pemain Berpotensi - Fauzi Sani - SMK Usukan, Kota Belud.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kpd sahabat saya Sdr. Rainold J. Mokujin dari Komplek Sukan Penampang yg telah sudi menghantar gambar2 kpd saya melalui email. Utk kemajuan sukan bola sepak saya bersedia memberikan ruang dlm blog ini kpd sesiapa sahaja individu atau pertubuhan utk tujuan promosi.

Prof: Spt yg selalu saya perkatakan, projek pembangunan adalah kunci kpd kemajuan bola sepak di masa depan. Oleh itu usaha berterusan membangunnya dari peringkat paling dasar amat diperlukan.

Tiada ulasan: