Khamis, 19 November 2009

LENGKAP SUDAH 32 NEGARA PIALA DUNIA 2010


Thiery Henry (12), William Gallas (terlindung), Frank Malouda & Nicolas Anelka sdg bergembira merayakan kejayaan Perancis.

Perancis, Portugal, Greece, Slovenia, Alegria & Uruguay negara terakhir ke Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.

Piala Dunia 2010 merupakan saat yg mungkin paling mendukacitakan Rep. Ireland kerana mereka dinafikan hak utk layak setelah pengadil membenarkan gol penyamaan Perancis oleh Willian Gallas kerana sebelum itu Thiery Henry yg membuat umpanan dilihat jelas menggunakan tangannya utk mengawal bola. Giovanni Trappatoni, pengurus pasukan dan para pemain Ireland terutama ketua pasukan Robie Keane yg menjaringkan gol awal pasti sangat kecewa & tidak mahu mengingati situasi itu. Perancis layak dgn aggregate 2-1.

Sementara itu, Russia rebah 0-1 ditempat sendiri oleh Slovenia. Kedudukan terikan 2-2 namun Slovenia layak berdasarkan jaringan di tempat lawan setelah Russia mencatat kemenangan tipis 2-1 di Moscow minggu lalu. Ukraine, suku akhir edisi 2006 di Jerman bagaimanapun gagal layak setelah tewas 0-1 di tangan Greece, juara Eropah 2004.

Portugal selesa setelah menang tipis 1-0 ke atas Bosnia-Herzegovinia dan layak dgn aggregate 2-0. Kini hasrat para peminat bola sepak dunia utk melihat Christiano Ronaldo, pemain termahal dunia utk beraksi di Afrika Selatan tercapai. Manakala playoff benua Amerika pula, spt dijangka Uruguay mengekang ancaman Costa Rica apabila seri 1-1 di Montevideo. Uruguay layak dgn aggregate 2-1.


Penjaga gol Algeria, Fawzi Chaochi dijulang oleh rakan2 setelah membantu negara Afrika Utara itu layak ke Piala Dunia 2010.

Slot terakhir benua Afrika pula memperlihatkan kecekalan Algeria akhirnya membuahkan hasil setelah membenam juara Afrika Mesir 1-0 di tempat berkecuali, Khartoum, Sudan. Maka kini lengkaplah 32 buah negara yg layak utk beraksi di Afrika Selatan 2010.

Prof: Pesta bola sepak empat tahun sekali pasti disambut dgn gembira oleh semua peminat sukan itu. Menarik kali ini kerana buat pertama kalinya Piala Dunia dihoskan oleh benua Afrika sama spt edisi 2002 di Korea & Jepun dahulu.

Tiada ulasan: