Khamis, 12 November 2009

KELAYAKAN PIALA DUNIA MASUKI FASA TERAKHIR

Piala Dunia dlm genggaman ikon kebebasan & keamanan dunia, Nelson Mandela yg juga bekas Presiden Afrika Selatan.

Pada 18 Nov. 2009 (minggu depan) akan diketahui kesemua 32 pasukan yg akan beraksi dlm Piala Dunia 2010 Afrika Selatan. Kini 23 pasukan telah melayakkan diri dari kesemua benua (Asia, Eropah, Amerika Selatan, Amerika Tengah & Utara dan Afrika). Pd 14, 15 & 18 Nov 2009 adalah penyelesaian perlawanan playoff serta perlawanan terakhir peringkat kumpulan benua Afrika.

Paling menarik ialah playoff benua Eropah di mana beberapa negara gergasi bola sepak spt Perancis, Portugal dan Russia menghadapi perlawanan genting mereka. Soalnya negara manakah yg akan gagal layak mengikut langkah Sweden & Turki? Berikut adalah jadual playoff Eropah;

Pusingan Pertama 14hb & Pusingan Kedua 18hb Nov 2009.
Rep. of Ireland lwn Perancis Greece lwn Ukraine Portugal lwn Bosnia-Herzegovina Russia lwn Slovenia

Perlawanan2 playoff yg lain ialah;
Costa Rica lwn Uruguay New Zealand lwn Bahrain

Pasukan2 yg sudah layak ialah;
1. Argentina
2. Australia
3. Brazil
4. Belanda
5. Chile
6. Denmark
7. England
8. Germany
9. Ghana
10. Honduras
11. Itali
12. Ivory Coast
13. Jepun
14. Korea Selatan
15. Korea Utara
16. Mexico
17. Paraguay
18. Serbia
19. Slovakia
20. Sepanyol
21. Switzerland
22. USA
23. Afrika Selatan (tuan rumah)

Prof: Pesta setiap 4 tahun sekali ini adalah acara sukan terbesar dunia bagi satu jenis sukan. Olimpik adalah acara sukan terbesar tetapi melibatkan pelbagai jenis sukan. Ternyata bola sepak bertakhta sebagai sukan no. wahid (1) di dunia. Saya bangga menjadi salah seorg penganalisis bola sepak walaupun cuma sebagai org kerdil.

Tiada ulasan: