Isnin, 23 November 2009

BRUNEI VETERAN PERTAHAN KEJUARAAN BORNEO


Brunei Veteran Juara Borneo Football Cup 2009 buat kali kedua berturut-turut.

Brunei Veteran sekali lagi mengharumkan nama Brunei Darussalam apabila mempertahankan kejuaraan yg dimenangi tahun lalu iaitu Borneo Football Cup 2009 yg berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pd 21 & 22 November 2009 lalu. Lebih manis lagi utk edisi kali ini Brunei DS telah diwakili oleh 2 pasukan yg mana bertemu sesama mereka di peringkat suku akhir (Brunei Veteran telah menewaskan Brunei Masters).

Dlm perlawanan perlawnan akhir, Brunei Veteran telah menumpaskan finalis tahun lalu iaitu MX10 yg terdiri dari beberapa bekas pemain Sabah. Tahun lalu mereka bermain di bawah nama Lecoq FC dan tahun ini sekali lagi tunduk 3-2 kpd Brunei Veteran. Dlm final tahun lalu perlawanan ditentukan hingga ke sepakan penalti tetapi tahun ini perlawanan berakhir sepenuh masa.

Antara pemain2 yg mewakili Brunei Veteran ialah Md Sallehin Kee Abdullah, Mohamad Saidy Abdullah Tujoh, Azamanuddin Hj Gillen, Pg Sallehuddin Pg Hj Damit, Hj Hassan Hj Damit, Brain Bothwell, Ishak Hj Ibrahim, Osman Hj Apong, Puncha Gunong dan Suni Mat Jerah, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala & hadiah individu.

Prof: Bangga dgn kesungguhan mereka utk beraksi kali ini memandangkan pelbagai masalah dihadapi sebelum & selepas bertolak ke KK. Berkat kesabaran mereka akhirnya membuahkan hasil. Gambar2 & liputan lengkap akan dimuatkan dlm posting berikut.

Tiada ulasan: