Rabu, 9 Disember 2009

TEMURAMAH OLEH FIFA.COM BERSAMA LIONEL MESSI


Name Penuh: Lionel Andres Messi
Tarikh Lahir: 24 Jun 1987
Tempat Lahir: Rosario, Argentina
Kelab: Newell's Old Boy (1995-2000) & Barcelona (2000-2005/akademi), 2005-2009/senior)

Temuramah ini dialih bahasa secara bebas dari fifa.com.


Soalan: Lionel, kita sudah mengetahui undian Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Bolehkah Argentina menjuarainya?

Messi: Kita kena ambil langkah demi langkah, bertenang dan fokus dari satu perlawanan ke perlawanan yg seterusnya. Kami mesti memenangi perlawanan pertama dahulu, kemudian baru berfikir utk menjuarainya.

Soalan: Argentina mengalami kesukaran di peringkat kelayakan, apa pandangan anda tentang pasukan pd waktu ini?

Messi: Kami baru memulakan fasa baru dlm pasukan kebangsaan. Sekarang pusingan kelayakan sudah berakhir & kami agak rilek sedikit tetapi saya pasti akan berlaku perubahan besar dari segi cara kami bermain. Kami mempunyai byk masa sebelum Piala Dunia & berpeluang utk berkerja lebih gigih & memperbaiki kelemahan, dan saya fikir kami akan mengalami perubahan.

Soalan: Anda bermain menentang pendahulu Ranking FIFA/Cola-Cola iaitu Sepanyol beberapa minggu lalu. Apa yg anda dpt pelajari daripadanya?

Messi: Itu adalah perlawanan yg baik. Sepanyol bermain dgn baik dlm separuh masa tetapi kami memperbaikinya dlm separuh masa kedua & mempunyai beberapa peluang utk menang. Ianya merupakan perlawanan ujian yg terbaik bagi kedua pasukan. Sepanyol bermain hampir sama dgn Barcelona. Mereka memiliki beberapa pemain hebat & tidak dinafikan mereka bermain bola sepak dgn menarik & cantik.

Soalan: Adakah Sepanyol salah sebuah pasukan favorit di Afrika Selatan nanti?

Messi: Bagi pendapat saya Sepanyol adalah pasukan terbaik di dunia saat ini. Mereka bermain dgn baik, mencatat keputusan memberangsangkan & tiada pasukan seteguh mereka. Mereka juga begitu yakin nampaknya & ini merupakan satu kemestian kpd sesebuah pasukan utk menghadapi kejohanan besar spt Piala Dunia.

Soalan: Kita beralih kpd Barcelona, anda menghadapi FIFA Club World Cup di Abu Dhabi, kejohanan yg juga penting. Adakah anda teruja utk menjuarainya sebelum berakhir 2009 ini?

Messi: Kejohanan itu adalah satu2nya yg belum dimiliki oleh Barcelona & pemain2 nampaknya begitu teruja utk menjuarainya. Kami ingin mengakhiri tahun 2009 ini dgn mencipta sejarah. Secara peribadi, saya benar2 menantikan saat ini kerana ianya membantu memperbaiki permainan saya. Adalah bagus jika saya terus dlm landasan kemenangan bersama Barcelona & bermain di Piala Dunia pd musim panas nanti.

Soalan: Anda mengalami kecederaan dlm kejohanan 2006, adakah Barcelona akan berlajar sesuatu daripadanya?

Messi: Ya saya tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan sebelum bermula kejohanan dan saya terpaksa menyaksikannya melalui tv di Argentina. Apa yg dpt kami pelajari ialah supaya jgn terlalu yakin & ketahui corak permainan lawan dgn lebih mendalam. Sebelum ini kami mungkin menganggap pasukan2 lain berada satu tahap di bawah kami & ini adalah satu kesilapan besar & tidak boleh diulangi jika ingin menjadi juara.

Soalan: Adakah anda tahu mengenai lawan2 yg bakal dihadapi di Abu Dhabi nanti?

Messi: Secara jujurnya, tidak. Tetapi jika tiba masanya jurulatih pasti mengetahui apa yg perlu kami ketahui & lakukan. Sebagai seorang warga Argentina saya mengetahui keupayaan Estudiantes, mereka gemar bermain bola sepak yg menarik & turut memiliki beberapa pemain yg baik. Mereka juga gemar memberi tekanan dlm setiap keadaan & dgn kepimpinan Juan Sebastian Veron di midfield mereka pasti antara pencabar terkuat.

Soalan: Inilah kali pertama kejohanan dianjurkan oleh United Arab Emirates, adalah anda mengetahui mengenai bahagian dunia ini?

Messi: Tidak, namun ianya menarik minat saya. Juga agak menarik apabila ianya dimainkan buat pertama kalinya di luar Jepun sejak beberapa tahun. Lebih menarik lagi jika Barcelona menjuarainya & menjadi sejarah. Bagaimanapun, kami tidak dpt melihat byk tempat. Jadual kami hanyalah dari hotel ke stadium & kembali ke hotel. Tugas kami adalah bermain bola sepak & cuba menjuarainya.

Soalan: Ianya mungkin trofi pertama utk Musim 2009/2010 & seterusnya melakar sejarah?

Messi: Mudah2an, penting bagi kami utk terus memenangi apa saja trofi kejuaraan, mengekalkan tahap keyakinan diri & corak permainan kami. Bagi kami masih banyak lagi kejohanan yg perlu dihadapi, tidak mungkin utk menang di Abu Dhabi & melepaskan kejohanan2 yg lain. Spt yg saya katakan, ianya akan diberikan tumpuan dari satu perlawanan ke perlawanan yg lainnya. Itulah cara terbaik utk memenangi sesuatu kejuaraan.

Soalan: Barcelona sudah bermain sebahagian perlawanan yg menarik, adakah anda dlm pasukan terbaik?

Messi: Saya tidak pasti. Adalah bertuah tergolong dlm skuad yg menjuarai Champions League 2006, salah satu fasa hebat dlm sejarah kelab. Kami memiliki beberapa pemain terhebat dunia spt Ronaldinho, Deco & Samuel Eto'o. Saya rasa bertuah berada dlm skuad itu memandangkan pemain yg dimilikinya dgn apa yg telah dicapai oleh mereka. Begitu juga dgn skuad sekarang, sedua2nya telah memenangi pelbagai kejuaraan, saya tidak dpt memilih antara keduanya.

Soalan: Soalan terakhir, anda telah memenangi Ballon d'Or & FIFA Players of the Year akan diumum tidak berapa lama lagi, adakah anda akan memenanginya?

Messi: Saya harap begitulah. Ini adalah peluang kali ketiga utk saya memenanginya & diharap kali ketiga membawa tuah kepada saya.

TAMAT

Prof: Melakukan temuramah adalah tugasan rutin saya sewaktu bertugas di beberapa majalah & akhbar. Insya-Allah jika mempunyai masa2 terluang saya akan melakukannya sendiri utk pembaca2 blog ini. Kali ini sebagai permulaan saya hanya translate dari laman web fifa.com utk tatapan semua & penghargaan kpd Lionel Messi.

Tiada ulasan: