Jumaat, 18 Disember 2009

SETELAH 20 TAHUN, AKHIRNYA MALAYSIA GAPAI EMAS SUKAN SEA


Skuad Malaysia yg memenangi pingat emas Sukan Sea 1989 bersama jurulatih ketika itu, Trevor Hartley (berdiri, kanan sekali) & dibantu oleh Ahmad Shafie (duduk kiri sekali).


Para pemain Malaysia mengibar Jalur Gemilang sebaik sahaja memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 di Vientiane, Laos.


Sebaik wisel penamat ditiupkan, pemain2 Malaysia berpelukan sesama sendiri meraikan kejayaan mereka.


Pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop menekup muka tanda kesal tertampan bola ke gawang sendiri sambil pemain2 Malaysia meraikan gol tersebut.


Pemain2 bola sepak skuad wanita Vietnam bergembira menewaskan Thailand dlm penentuan sepakan penalti.

Itulah bola sepak. Cukup unik, penuh dramatik & diluar jangkaan. Skuad Bawah 23 Tahun Malaysia melangkah ke Sukan Sea ke 25 di Laos dgn tidak diberikan harapan langsung oleh bukan sahaja para pengkritik malah peminat mereka sendiri. Namun malam tadi di Stadium Utama, Vientiane, Laos, Malaysia membuktikan bahawa mereka juga setanding jaguh2 Asia Tenggara yg lain apabila menewaskan Vietnam 1-0 dlm perlawanan akhir acara bola sepak.

Anak buah K. Rajagopal itu juga membuktikan bahawa iltizam, kerja keras & semangat berpasukan yg padu mampu membuahkan hasil. Malaysia kali terakhir memenangi pingat emas Sukan Sea ialah pd temasya 1989 ketika berlangsung di Kuala Lumpur. Kali terakhir Malaysia menang emas di gelangang luar ialah pd 1979 (30 tahun lalu) ketika kota Jakarta, Indonesia menjadi hos.

Permainan separuh masa pertama memperlihatkan corak yg membenarkan skrip ciptaan para pemerhati apabila Vietnam menguasainya. Pd ketika itu Malaysia hanya bertahan sebagaimana corak mereka bertemu Thailand. Akan tetapi rentak permainan mereka terus berubah sebaik shj wisel separuh masa kedua bermula. Malaysia mula menyerang dari segenap sudut & mereka seolah2 pasukan favorit.

Beberapa peluang terbuka terhidang gagal disempurnakan oleh penyerang2 Malaysia. Tiada siapa menjangka rembatan Shafiq Rahim di luar kotak penalti tertampan pemain pertahanan Vietnam, Mai Xuan Hop, terus menerjah jaring sendiri di minit ke 84. Selepas itu barulah Vietnam bersungguh2 utk mencari gol penyamaan, sudah terlambat walaupun tambahan masa 6 minit diberi oleh pengadil. Kemenangan selesa 3-1 dlm perlawanan peringkat kumpulan sesungguhnya bukan tiket bagi Vietnam utk menang kali ini.

Sementara itu, Vietnam bagaimanapun berjaya mempertahankan kejuaraan bola sepak wanita apabila menumpaskan musuh tradisi Thailand melalui sepakan penalti setelah perlawanan berakhir 0-0 selama 120 minit permainan dlm perlawanan yg berlangsung kelmarin di stadium yg sama.

Pemenang2 Pingat Emas Sukan SEAP & Sukan SEA
Sukan SEAP

1959 - Vietnam Selatan
1961 - Malaya
1963 - Tidak dipertandingkan
1965 - Burma & Thailand
1967 - Burma
1969 - Burma
1971 - Burma
1973 - Burma
1975 - Thailand

Sukan SEA
1977 - Malaysia
1979 - Malaysia
1981 - Thailand
1983 - Thailand
1985 - Thailand
1987 - Indonesia
1989 - Malaysia
1991 - Indonesia
1993 - Thailand
1995 - Thailand
1997 - Thailand
1999 - Thailand
2001 - Thailand
2003 - Thailand
2005 - Thailand
2007 - Thaialand
2009 - Malaysia

Prof: Kita lihat perkembangan seterusnya apakah formula FAM tidak membenarkan pemain import beraksi akan terbukti benar. Pencapaian Malaysia dlm kejohanan2 antarabangsa yg lain selepas ini akan memberi kita jawapannya.

Tiada ulasan: