Khamis, 10 Disember 2009

PSC UNDANG VFA UTK PENANG OPEN 2010


Skuad Juara Kategori Masters 9th PSC International Soccer 7's Tournament 2008
Berdiri; Kula Mohamad, Hon Ah Yan, Lim Sun Hui, Josni Nyambong, Metussin Sumpong & Liew Chuan Fue.
Duduk; Jamhari Lani, Roslan Yussof, Ali Hj Ismail & Kasmi Hj Abd Hamid.

Skuad 2009 terkandas di suku akhir.

Penang Sport Club (PSC) sekali lagi mengundang VFA utk menyertai 11th PSC International Soccer 7's Tournament 2010 yg akan berlangsung pd 6 & 7 Mac 2010. Kejohanan tahunan yg masuk tahun ke 11 itu menghimpunkan pasukan2 veteran dari seluruh Asia termasuk China, Hong Kong, Taiwan, Thailand, Maldives, Singapura, Indonesia, Filipina dan Australia.

VFA kini dlm persiapan awal memilih pemain2 yg bakal membawa cabaran negara di kejohanan berprestij itu. Kali ini VFA cuba utk merampas kembali kejuaraan yg terlepas dari genggaman tahun ini apabila terkandas di pusingan suku akhir. Pasukan VFA muncul juara dlm kemunculan pertama pd tahun 2008 lalu.

Prof: Kejohanan di Pulau Pinang sangat menyeronokan kerana ianya menemukan ramai pemain2 veteran terutama bekas pemain2 kebangsaan dari negara2 Asia. Insya-Allah tahun depan VFA akan memperbaiki pencapaian mereka.

Tiada ulasan: