Ahad, 27 Disember 2009

Dulu Abel Xavier, kini FAISAL XAVIER


Inilah wajah2 penuh warna-warni Faisal Xavier sewaktu menjadi pemain bola sepak professional di beberapa negara Eropah.

Bekas pemain antarabangsa Portugal, Abel Xavier, 37 tahun, telah memeluk agama Islam, mengumumkan persaraannya dari bola sepak dan menumpukan kepada kerja2 kemanusiaan & kebajikan. Beliau kini dikenali sebagai Faisal Xavier telah mengumumkan berita tersebut dlm satu sidang media di Stadium Ras Al Khaiman, UAE, sebelum bermulanya salah satu perlawanan liga tempatan awal minggu ini.

Pemain yg terkenal dgn fesyen rambut 'mohican' & diwarna kuning emas itu telah bermain dlm banyak liga Eropah & pernah beraksi bersama Liverpool, Everton & Middleborough dlm Liga Perdana/EPL. Kelab terakhirnya adalah LA Galaxy (2008) beraksi bersama David Beckham & London Donovan. Bagaimanapun, Xavier tidak mendpt kelab utk disertai musim ini.

"It's an emotional goodbye and I hope to participate in something very satisfying in a new stage of my life.

"In moments of grief, I have found comfort in Islam. Slowly, I learned a religion that professes, equality, freedom and hope. That are foundations with which I identify." demikian kenyataan oleh Faisal Xavier yg dipetik dari beberapa sumber berita antarabangsa.

Sebagai rekod, kancah bola sepak professional kini telah memiliki ramai pemain2 handalan yg beragama Islam, sama ada yg menjadi saudara baru ataupun yg memang lahir sebagai penganut Islam. Antaranya ialah Nikolas Anelka & Frank Ribery (menjadi saudara baru), Zanadine Zidane, Yaya & Kalou Toure dan Mohamad Sisoko (sekadar menyebut sebahagian kecil pemain yg beragama Islam).

Perkembangan ini terjadi oleh beberapa sebab. Pertama; anak2 penghijrah dari negara-negara Afrika Utara yg bermastautin di beberapa negara Eropah spt Perancis, Belanda, Itali, Jerman & Sepanyol. Kedua; peningkatan pemain2 import dari negara2 Afrika spt Nigeria, Liberia, Ivory Coast, Cameroon, Mali, Senegal, Ghana & Togo. Ketiga; bertambahnya saudara2 baru di kalangan pemain2 professional. Keempat; peningkatan taraf permain negara2 Islam Eropah spt Turki, Bosnia & Herzegovina.

Antara liga yg terdpt ramai pemain2 beragama Islam ialah Ligue 1 (Perancis), LA Liga (Sepanyol), EPL (Engand), Bundesliga (Jerman), Ere Divisi (Belanda) & Serie A (Itali). Kita ucapkan syabas kpd pemain profesional terutama yg bertaraf bintang kerana telah memberikan satu latar positif kpd agama Islam di mata masyarakat Kristian Eropah yg selama ini mempunyai pandangan negatif terhadap agama Islam. Mereka adalah pahlawan zaman moden penyambung kerja2 yg dilakukan oleh pahlawan2 zaman silam spt Sallahuddin Al-Ayubbi & Tariq Ibn Ziad.

Prof: Insya-Allah utk posting2 yg mendtg saya akan menyingkap beberapa pemain bola sepak professional yg bertaburan di serata Eropah utk tatapan pembaca blog ini.

Tiada ulasan: