Selasa, 1 Disember 2009

LIONEL MESSI - BALLON D'OR 2009


Inilah anugerah Ballon d'Or yg terkenal itu.

Pemain tengah Barcelona & Argentina, Lionel Messi, 22 tahun, secara rasmi telah dipilih oleh 96 para juri yg terdiri dari wartawan bola sepak seluruh Eropah utk menjadi 'Pemain Terbaik Eropah 2009'. Anugerah tersebut dianjurkan setiap tahun utk memilih pemain terbaik yg sedang beraksi di negara2 Eropah oleh majalah France Football yg berpusat di Paris, Perancis.

Utk tahun 2009 ini, jelas Messi meninggalkan jauh (sesuatu yg baru pernah terjadi) calon di tangga kedua iaitu pemain midfield Real Madrid & Portugal, Cristiano Ronaldo. Messi telah memunggut 473 mata (dari 480 mata maksima) & sementara Ronaldo hanya memperolehi 233 mata keseluruhan - dgn jarak mata 240.


Lionel Messi

Di bawah ini disertakan sedikit fakta2 menarik mengenai Lionel Messi;

* Pemain pertama dari Argentina yg memenangi Ballon d'Or.
* Pemain ke enam dari Barcelona, namun pertama sejak empat tahun lalu, kali terakhir pemain Barcelona yg memenanginya ialah Ronaldinho.
* Menjaringkan 23 gol musim lalu utk Barcelona.
* Membantu kelab Catalan itu menjuarai La Liga, King Cup & Champion League (treble).
* Baru2 ini menandatangani lanjutan kontrak bersama Barcelona selama 2 tahun lagi, tetapi mempunyai klausa perpindahan sebanyak 25o juta euro (228 juta paund) - jika berlaku akan menjadikannya pemain termahal dunia.
* Mendpt pengiktirafan oleh Diego Maradona sebagai pegganti beliau utk menjadi 'Lagenda' bolasepak Argentina.

Prof: Kini Messi hampir pasti utk meraih anugerah FIFA Player of the Year. Kebiasaannya Ballon d'Or adalah sukat2 bgi para jurulatih & pengurus kebangsaan yg menjadi juri anugerah FIFA itu. Kalau saya secara peribadi, tahun ini memang kepunyaan Lionel Messi.

Tiada ulasan: