Rabu, 2 Disember 2009

PUNAH IMPIAN IRELAND


Kelihatan penjaga gol Ireland, Shay Given, membantah keputusan pengadil membenarkan gol jaringan William Gallas.

Kini sudah pasti bahawa impian dan rayuan FAI (Football Association of Ireland) utk beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2010 Afrika Selatan, punah dan berkecai. FAI pd mulanya merayu kpd FIFA utk diadakan 'replay' antara Ireland & Perancis gara2 'hand of god' Thiery Henry yg membolehkan William Gallas menjaringkan gol lalu membawa Perancis ke Afrika Selatan.

Selepas itu FAI sekali lagi membuat cadangan agar Ireland diberi satu tiket lagi menjadikan 33 buah negara kesemuanya beraksi tahun depan. Namun kesemua cadangan itu ditolak oleh FIFA. FIFA beralasan bahawa 'keputusan pengadil adalah muktamad' dan mustahil utk merombak format kejohanan yg menempatkan 32 buah pasukan (8 kumpulan - 4 negara setiap kumpulan). Maka mahu atau tidak FAI terpaksa menelan hakikat & kenyataan bahawa mereka gagal layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Liam Brady, penolong jurulatih & juga bekas pemain lagenda Ireland awal2 lagi sudah menjangkakan bahawa sukar bagi FIFA utk menerima pakai cadangan FAI itu dan beliau menasihatkan agar Ireland terus maju ke depan dgn mengambil positif atas apa yg berlaku. Namapaknya Ireland terpaksa menunggu pada pusingan akhir Piala Dunia 2014 di Brazil. Dan kepulauan British hanya diwakili oleh England setelah Wales, Scotland & Ireland Utara mengikut jejak Ireland gagal layak secara automatik.

Prof: Bagaimanapun, insiden 'hand of god' Thiery Henry akan mencetuskan perubahan dlm corak pengadilan dlm bola sepak. Ada sudah cadangan utk menambah seorg lagi pengadil yg boleh memberi kata putus atau membantu. Namun penggunaan teknologi canggih (kamera) hampir mustahil kerana ujar Sepp Blatter, "Biar bola sepak sukan terakhir di dunia ini yg kekal menggunakan pengadil (manusia), inilah uniknya bola sepak.".

Tiada ulasan: