Khamis, 31 Disember 2009

SELAMAT TAHUN BARU 2010M

Semoga Bolasepak Brunei DS Kembali Bersinar!

Antara peristiwa yg berlaku pada tahun 2009;

- DPMM FC menyertai Liga S dan dibatalkan penyertaan di hujung musim oleh FAS.

- DPMM FC menjuarai Piala Liga (salah satu kejohanan dlm Liga S).

- Penyertaan BAFA di dalam badan induk bola sepak dunia FIFA digantung sehingga suatu masa.

- FFBD menganjurkan beberapa kejohanan tempatan (Liga Perdana I & II dan Liga Bawah 14 & 16 Tahun).

- Penubuhan VFA (Veteran Football Association).

- Brunei DS mengekalkan kejuaraan Borneo Football Cup 2009 di Kota Kinabalu, Sabah.

- Brunei menjadi tuan rumah Sukan Borneo (tetapi tidak mempertandingkan acara bola sepak).

Persoalan & kemungkinan2 utk tahun 2010;

- Apakah BAFA akan dihidupkan semula?

- Apakah FIFA masih kekal mengiktiraf BAFA atau 'berpaling' kpd FFBD?

- Siapakah yg bakal menerajui kepimpinan bola sepak Brunei?

- Dapatkah kita melihat satu program jangka panjang pembangunan bola sepak Brunei? Atau kita terus 'kempunan' spt tahun2 sebelumnya?

Prof: Segala persoalan & kemungkinan di atas akan terjawab jua nanti. Hanya masa yg menentukan. Tetapi saya terus berdoa agar bola sepak Brunei akan berada pd landasan sebenar akhirnya.

Tiada ulasan: