Selasa, 7 Jun 2011

TAHNIAH NFABD, SELAMAT BERTUGAS

Dengan izin ALLAH s.w.t akhirnya National Football Association of Brunei Darussalam (NFABD) tertubuh dan diterima keahliannya oleh FIFA bagi menggantikan BAFA setelah lebih 2 tahun keahlian Brunei DS di dalam badan induk yang beribu pejabat du Zurich, Switzerland itu digantung kerana dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (Registrar of Society), Polis Diraja Brunei.

Kelmarin (Isnin/6hb. Jun, 2011 bersamaan 4 Rejab 1432H) telah berlangsung dua acara penting iaitu di sebelah paginya telah berlangsung Extra Ordinary Congress (Kongres Luar Biasa) NFABD dan di sebelah petangnya pula upacara penyerahan pejabat rasmi NFABD yang baru (projek tersebut adalah hasil usaha BAFA sebelum ini yang mendapat bantuan kewangan dari FIFA melalui GOAL Project).

Di dalam Kongres Luar Biasa NFABD itu telah dilantik saf kepimpinan yang akan menerajui segala aktiviti yang berkaitan dengan bolasepak di Brunei Darussalam baik di dalam negeri mahupun di peringkat antarabangsa. Saya tidak mahu untuk memberikn kritikan ataupun ulasan walaupun ada beberapa hal yang kurang saya persetujui. Apa yang lebih penting buat masa ini ialah bolesepak Brunei Darussalam telah diiktiraf oleh FIFA dan kini aktiviti bolasepak boleh diungkayahkan tanpa ada halangan atau kekangan.

Kita beri kesempatan kepada kepimpinan NFABD untuk bertugas dan jika perlu kita beri bantuan dan sokongan dalam apa jua bentuk sesuai dengan kepakaran masing-masing. Matlamat utama kita adalah sama iaitu untuk mempertingkat dan memajukan mutu bolasepak di negara ini. Kita ketepikan dulu rasa tidak puas hati ataupun kemusykilan yang terbuku. Hakikat yang perlu diterima dan dibanggakan ialah NFABD adalah badan induk sukan bolasepak di Brunei Darussalam.

Seperti janji saya kepada rakan-rakan yang terpilih dalam kepimpinan NFABD, saya akan memberi apa jua bantuan jika diminta secara langsung ataupun saya akan terus menukilkan sesuatu melalui blog ini demi kemajuan bolasepak Brunei Darussalam. Seperti kata seorang sahabat yang dilantik menjadi AJK NFABD, "Saya menerima jawatan ini demi bolasepak negara."

Manakala seorang lagi rakan mula merasakan bebanan tugas yang dipikulnya. Melalui telefon kepada saya malam tadi, beliau menyatakan bahawa sepanjang seminggu ini tiada banyak masa dihabiskan bersama keluarga. Inilah yang telah saya pesan kepada mereka sejak bertahun-tahun dulu bahawa tugas mentadbir badan induk bolasepak bukan mudah. Sebenarnya tiada kesempatan untuk kita meluangkan masa berjam-jam bersembang di restoran atau kedai kopi. Tugasan yang menanti di dalam dan luar negara setinggi gunung Everest! Apatah lagi seperti NFABD yang baru membuka fail pentadbirannya. Saya pasti mereka sedar akan hakikat ini.

Apapun perkembangannya, ucapan terima kasih mesti juga kita berikan kepada BAFA yang sejak 30 tahun lalu telah mentadbir sukan bolasepak dan memberikan kita beberapa saat manis umpamanya menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1999, juga kepada FFBD yang selama 2 tahun ini menjadi catalyst (pemangkin) dengan meneruskan aktiviti-aktiviti bolasepak di dalam negara.

Kepada NFABD sekali lagi saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya!

Prof: Sebahagian besar AJK NFABD adalah teman rapat. Selamat bertugas Jon, Adinda, Mastar, Bro, Ckgu & Mr. Menegemen.

1 ulasan:

Skrip NFABD berkata...

AGM NFABD telah di rancang sebelum ianya diadakan. Mengapakah perkara seperti ini masih ada di Negara ini. Dimana kah 'transperancy' AGM berkenaan? Mengapakah stake holders - stake holders bolasepak di NBD tidak di jemput untuk menghadiri? Mengapa AGM tersebut tidak di maklumkan kepada orang awam melalui media elektronik?

Bolasepak dipnuyai oleh peminat-peminatnya tersenditi dan bukan dipunyai oleh orang yang berkepentingan sendiri!