Ahad, 17 Mei 2009

MU, BARCA & INTER JUARA

Sir Alex Ferguson berbangga dgn piala EPL Musim 2008/2009. Tahniah!

Nampaknya belumpun liga melabuhkan tirai secara rasmi minggu depan, Man Utd (EPL), Barcelona (La Liga) & Inter Milan (Itali) telah terlebih dahulu dimahkotakan sebagai juara musim 2008/2009. Tahniah kpd ketiga2 kelab gergasi itu. Paling sengit mungkin Man Utd kerana dihambat oleh Liverpool sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Namun akhirnya Sir Alex Ferguson memberi pengajaran berguna kpd Rafael Banitez, pengurus The Red, bagaimana cara bermain & mengurus kelab dlm EPL.

Manakala Barcelona di bawah bimbingan Pep Gordiola membawa tuah musim ini setelah mengambil alih dari Frank Rijkarrd. Musuh tradisinya Real Madrid terkulai layu dgn amat memalukan musim ini dan ini mengesahkan Juande Ramos akan tamat kontrak minggu depan. Tahniah Lionel Messi, Thiery Henry, Samuel Eto'o, Charles Puyol, Inesta & ramai lagi bintang2 Barcelona kerana mereka berjaya keluar dari bayang2 Real Madrid.

Jose Morinho, pengurus Inter Milan, telah mengangkat dirinya sebagai salah seorg pengurus yg bertaraf lima bintang sebaris Sir Alex Ferguson, malah beliau boleh melangkah lebih jauh lagi memandangkan usia yg masih muda. Apatah lagi rekod beliau menjuarai liga di tiga negara (Portugal, England & Itali) boleh memadamkan rekod cemerlang Sir Alex jika mampu merangkul Liga Juara2 beberapa tahun mendatang ini.

Sesuatu yg positif boleh jika ambil dari kejayaan2 ketiga2 pengurus ini. Usia bukan penghalang. yg penting ialah kemahuan, pengetahuan & kepintaran mengatur strategi mengadun pemain2 berwibawa menumpaskan lawan. Mungkin Bundesliga Jerman & Ligue 1 Perancis mahkota juara akan berpindah milik. Sama2 kita nantikan minggu depan.

Prof: Saya akan membuat post mengenai liga tempatan kita Liga Brunei DST sedikit masa lagi. Nantikan!.

Tiada ulasan: