Jumaat, 8 Mei 2009

MOHAMMED HAMMAM MENANG, AFC BERPECAH DUA & IKTIBAR DARINYA

Presiden AFC, Mohammed bin Hammam - AFP Pic

Akhirnya Mohammed Hammam, Presiden AFC, menang dgn majoriti mudah (simple majority) 23-21 terhadap pencabarnya Sheikh Salman Ibrahim Al-Khalifa bagi jawatan JK Eksekutif FIFA (Asia Barat) dlm Kongres AFC yg berlangsung di Kuala Lumpur petang tadi. Walaupun pemimpin bola sepak dari Qatar itu menang akan tetapi melalui undi dari 46 ahli AFC menampakkan dgn jelas bahawa AFC telah terbahagi kpd dua kelompok.

Selepas ini tugas Hammam bukan mudah utk mengembalikan semula keyakinan 21 ahli yg mengundi Sheikh Salman (tidak termasuk 2 undi rosak-mungkin sudah hilang kepercayaan terhadap Hammam dlm masa yg sama tidak mempersetujui Sheikh Salman). Inilah yg dinamakan krisis kepimpinan. Bukan mudah utk mentadbir sebuah badan induk apatah lagi AFC. Apa yg pasti pada pemilihan AFC 2011 akan datang akan menjadi lebih sengit dan hari2 selepas ini akan memperlihatkan kpd kita apakah Hammam benar2 seorang pemimpin sejati.

Juga yg pasti ialah iktibar dari kamelut itu. Kesilapan & kelemahan yg membawa krisis kepimpinan dlm AFC mesti kita perhati serta pelajari dgn teliti dan tekun. Yg baik jadikan teladan dan yg buruk jadikan sempadan. Diharap apapun tindakan Hammam selepas ini tidaklah melunturkan semangatnya utk membangunkan bola sepak di benua Asia ini. Semua projek yg telah & sedang dilaksanakan oleh AFC mesti diteruskan kerana kita masih jauh ketinggalan dari benua lain dlm soal mutu permainan & pengurusan.

Dlm ucapan selepas kemenangannya tadi, Hammam berjanji utk berlapang dada & bersikap terbuka dlm menghadapi 21 ahli yg tidak menyokongnya. Syabas, jika itu benar2 diterapkan oleh Hammam selepas ini. Kita nantikan sahaja apakah Hammam mengotakan janjinya. Saya akan mengulas perkasa ini dari masa ke semasa.

Prof: Lega apabila Hammam berjanji utk mengekalkan AFC House di KL. Byk nostalgia saya & AFC ini & mahu ianya kekal di KL utk beberapa tahun lagi. Buat pengetahuan pembaca KL sudah menjadi ibu pejabat AFC sejak 1965 lagi. Tapi 'sumber dlm AFC' saya mengatakan bahawa ada 'deal' antara PM Najib & Hammam kelmarin. Ada apa2 ke?.

Tiada ulasan: