Ahad, 24 Mei 2009

DPMM FC PERLU PELBAGAI SERANGAN

Salah satu aksi DPMM FC dalam S League musim ini.

Melihat dari statistik memang jelas Brunei DPMM FC mempunyai masalah di bhgian serangan. Dlm semua kemenangan yg dicatat belum ada dicapai dgn jaringan lebih dari 3 gol dan sementara para penyerangnya tidak ada seorg pun tersenarai dlm kelompok 10 penjaring terbanyak S League setakat ini.

Shah Razen Said, Oh Ddog Yi, Abdel Hamid Berguiga dan Abu Bakar Mahari perlu dikerah utk menjadi unit penggempur bersistematik & pelbagai dgn bantuan barisan midfield Rosmin Hj Mohd Kamis, Hj Mohd Subhi Abdillah, Sairol Hj Shaari, Mohd Azwan Salleh & Ivan Jerkovic. Tidak kira apa corak permainan yg ditunjukkan jaringan gol tatkala pengadil meniupkan wisel penamat sesuatu perlawanan adalah jurang pemisah antara kedua pasukan.

Dlm tiga perlawanan terakhir kita melihat jentera serangan DPMM FC begitu sukar utk menjaringkan gol. Mungkin bahagian ini tidak dikaji & diteliti secara terpeinci. Serangan bahaya hanya dtg dari bahagian tengah yg tertumpu kpd penyerang import Abdel Hamid Berguiga atau Oh Ddog Yi apatah lagi mereka gemar menyimpan bola di kaki.

Shah Razen pernah menjadi penjaring terbanyak Liga M, ini adalah fakta. Nilai kembali gol2 yg beliau jaringkan ketika itu, lihat vcd yg terdpt dlm bilik kejurulatihan. Duduk bersama2 & kaji, kenapa Shah Razen mampu menjadi penjaring terbanyak dlm musim tersebut? Apakah kerana beliau memang2 benar2 handal, atau mendapat bantuan dari pemain lain dgn berkesan atau sistem serangan ketika itu begitu ampuh dan atau pasukan2 lain tidak kuat? Kesemua persoalan itu dpt dijawab jika meneliti vcd2 tersebut & dibandingkan dgn corak permainan sekarang.

Saya tidak mahu menunjuk ajar secara 'detail', cukup sekadar 'menunjuk jalan di waktu siang & menyuluh dgn pelita di waktu malam' kpd teman2 saya yg berada dlm pengurusan & kejurulatihan DPMM FC sekarang. Bagi saya jika masalah ini tidak diatasi segera ianya akan membawa padah kpd DPMM FC di hujung musim yg panjang ini. Jelas memperlihatkan kpd kita bahawa pasukan2 lain dlm S Leguae sudah dpt menghidu corak permainan DPMM FC.

Prof; Musim ini saya tidak berpeluang utk melihat mereka menjalani latihan di Jerudong. Jika tidak pasti saya dpt memberi komen lebih 'detail' spt sewaktu saya menjadi Ketua Editor DPMM FC Match Report dahulu.

Tiada ulasan: