Rabu, 20 Mei 2009

ANTARA BORO & NEWCASTLE, MANA YG TURUN?

Alan Shearer spt kehabisan idea terhadap strategi pemain2nya.

"I'm surrender," did you mean it Southgate?

Kita mengenali Alan Shearer, bekas kapten pasukan kebangsaan England & merupakan salah seorg penyerang prolifik negara 'Mother of Football' itu, kini menjadi pengurus pasukan kelab besar tetapi bermasalah iaitu Newcastle United. Sementara Gareth Southgate, juga bekas pemain kebangsaan England & menceburkan diri sebagai pengurus Middlesborough. Kedua2 mereka mencebur diri sebagai pengurus dlm usia mudia iaitu 30an.

Namun kegemilangan mereka sebagai pemain kebangsaan tidak menjamin kecemerlangan dlm kerjaya sebagai pengurus. Kini Boro & 'Toon Army'/Newcastle Utd hampir2 terjerumus ke liga Championship musim depan jika gagal menewaskan lawan2 mereka pd perlawanan terakhir EPL hujung minggu ini. Dgn WBA sudah pasti kembali turun, kini 4 kelab bergelut mengelak dari menduduki dua lagi tangga 18 & 19 EPL bagi menemai WBA.

Boro (32 mata) akan berdepan anak buah Gianfranco Zola, West Ham Utd di tempat lawan, Newcastle Utd (34 mata) juga akan bermain di gelanggang lawan iaitu bertemu Aston Villa, Hull Cita (35 mata) menanti kedatangan 'Red Devils' Man Utd & Sunderland (35 mata) berhadapan Chelsea di Stadium of Light.

Shearer boleh mengelak dari turun jika berjaya menumpaskan Aston Villa di Villa Park tetapi dgn syarat Hull City & Sunderland tumpas. Manakala bagi Southgate pula seolah2 sudah hampir pasti turun ke liga Championship sejak sekian lama berada dlm EPL. Walaupun berjaya menumpaskan West Ham Utd, Hull City & Sunderland tewas, ini bermakna ketiga kelab mempunyai mata yg sama iaitu 35 akan tetapi perbezaan gol Boro paling teruk iaitu (-28) berbanding Hull City (-24) & Sunderland (-19).

Secara peribadi saya tidak mahu kedua2 bekas pemain antarabangsa England itu gagal di EPL. Inilah bola sepak, kadang2 kejam seolah2 tiada peri kemanusiaan. Saya mahu mereka menikmati kegemilangan sebagai pengurus sama spt kehebatan sebagai pemain. Namun Roy Keaene sudah merasai betapa peritnya menjadi pengurus pasukan EPL. Apapun syabas kpd mereka, walaupun dgn sumber kewangan yg terhad tidak dpt Man Utd & Chelsea, namun masih mampu membina sebuah pasukan yg berwibawa.

Prof: Kehebatan sbgai pemain bukan lesen automatik utk menjadi jurulatih, pengurus atau pentadbir bola sepak yg baik & berjaya. Ianya hendaklah disertakan dgn kepintaran, diplomasi, dedikasi, professional & jujur dlm kerja seharian. Saya tertarik dgn Franz Beckenbauer & Michel Platini yg telah membuktikan itu. Ada calon di negara kita? hehe

Tiada ulasan: