Isnin, 25 Mei 2009

JUARA EROPAH - BARCA ATAU MAN UTD?

Lionel Messi, Barcelona.

Cristiano Ronaldo, Manchester Utd.

Hari Rabu ini (27 Mei 2009) bertempat di Stadium Olimpik, Rome, Itali akan menyaksikan satu lagi perlawanan akhir klasik & dramatik Liga Juara2 Eropah yg mana akan menemukan juara La Liga, Barcelona dan juara EPL, Manchester Utd. Melihat dari corak permainan, barisan pemain & venue perlawanan maka diharap perlawanan akhir kali ini akan menjadi ingatan sampai bila2 kpd para peminat bola sepak di seluruh dunia.

Banyak yg dpt diperkatakan utk perlawanan akhir musim ini. 1) Ianya pertembungan antara jaguh dua buah liga terkemuka di Eropah iaitu La Liga (Sepanyol) dan EPL (England), 2) Juga pertembungan formasi antara Josep Guardiola (Barca) & Sir Alex Ferguson yg mana Guardiola selesa dgn formasi 4-3-3 sementara Ferguson pula spt biasa 4-4-2, 3) Tak cukup dgn itu, perlawanan itu nanti akan menemukan dua bintang bola sepak masa kini & masa depan iaitu Lionel Messi (Barca) dan Cristiano Ronaldo (Man Utd), siapakah antara mereka mampu menonjol dan 4) Pemain2 lain dlm kedua2 buah kelab adalah pemain2 berkualiti dari setiap penjuru dunia.

Sudah pasti penonton yg menyaksikan akan terhibur dgn aksi bintang2 kesayangan mereka. Mampukan Josep Guardiola yg masih muda (37 tahun) itu menandingi kehebatan percaturan permainan Sir Alex Ferguson (67 tahun) yg sangat berpengalaman itu? Bagi saya, jika berhadapan dgn perlawanan spt ini, mana2 pihak yg paling sedikit membuat kesilapan & bijak mencuri peluang, pasukan itulah yg akan menang di samping kecemerlangan individu sekali lagi akan menjadi faktor penentu.

Kedua2 kelab mempunyai kekuatan sama tara di segenap bahagian dari penjaga gol, pertahanan, midfield dan serangan. Sangat sukar utk membuat jangkaan jika anda berada di posisi 'nuetral' atau atas pagar. Inilah indahnya sukan bola sepak.

Barisan kemungkinan;
Man Utd; Edwin van der Sar, Gary Neville, Rio Ferdinand, Patrice Evra, John O'Shea, Ryan Giggs, Park Ji Sung, Michael Carrick, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney & Carlos Teves Barcelona; Victor Valdes, Gerrard Pique, Rafael Marquez (Eric Abidal), Carles Puyol, Danial Alves, Xavi Hernandez, Andreas Iniesta, Seydou Keita, Yaya Toure, Samuel Eto'o, Thierry Henry & Lionel Messi.

Prof; Saya mahu Barcelona menang kerana sejak dulu minat kelab ini iaitu sejak zaman Johan Cruyff lagi.

Tiada ulasan: