Isnin, 25 Mei 2009

AKHIRNYA SHEARER & SOUTHGATE KECUNDANG

Peminat setia 'Toons Army' (Newcastle Utd) menangis teresak2 sebaik kelab kesayangan mereka turun ke Liga Championship.

Jelas sudah tanggapan bahawa karisma sebagai pemain hebat tidak banyak membantu dlm kerjaya menjadi pengurus pasukan. Alan Shearer (Newcastle Utd) & Gareth Southgate (Middleborough) adalah segelintir deretan nama2 bekas bintang bola sepak yg gagal menyerlah sebaik mencebur diri dlm pengurusan. Newcastle Utd & Boro gagal dlm misi mereka utk kekal dlm EPL musim 2009/2010, itulah hakikatnya.

Apa yg menakutkan saya ialah, apakah kedua2 kelab ini mampu kembali ke EPL? Saya khuatir nasib mereka sama spt beberapa kelab besar lainnya yg gagal kembali ke EPL malah ada yg terus terjerumus beberapa division bawah spt Leeds Utd, Nothingham Forest, Coventry City, Sheffield Wednesday & Luton Town. Agaknya mereka mesti belajar dari WBA yg kerap turun-naik antara EPL & Championship League.

Persoalan lain yg berlegar ialah, apakah Shearer & Southgate mampu muncul kembali sebagai pengurus? Apa yg ideal di mata peminat & pemerhati bola sepak ialah mana2 bekas bintang bola sepak semestinya berjaya menjadi pengurus pasukan. Kita berharap kedua2nya tidak putus harapan kerana mereka masih baru & muda dlm usia sebagai pengurus.

Kpd peminat2 Newcastle & Boro, sabar sajalah. Bukan rezeki anda musim ini. Mungkin musim depan kita jumpa lagi di kancah EPL.

Prof: Yang pasti 'permusuhan & persengketaan' antara Liverpool & Man Utd akan berterusan utk dekad2 mendatang.

Tiada ulasan: