Khamis, 26 Mei 2011

APALAH NASIB BOLASEPAK BRUNEI....

Sejak hujung 2009 bolasepak Brunei telah 'dilenyapkan' dari arena antarabangsa. Sebelum itupun Brunei tidak banyak terlibat dengan aktiviti antarabangsa. Penyertaan hanya untuk kelayakan Suzuki Cup (itupun diwakili oleh kelab) dan Sukan Sea. Pra Piala Dunia, Pra Olimpik, Sukan Asia dan kejohanan-kejohanan peringkat umur baik 11 sepasukan mahupun futsal seolah-olah tiada dalam kalendar tahunan. Di mana silapnya? Sudah menjadi sejarah.

Kursus-kursus pun jarang benar didengar. Sedangkan kursus yang melibatkan segenap aspek dalam bolasepak sentiasa dianjurkan hampir setiap minggu, sama ada oleh AFF, AFC dan FIFA. Namun seperti yang dinyatakan awal tadi segalanya seperti tiada apa yang berlaku di Brunei (menganjurkan atau menghantar peserta). Di mana silapnya? Sudah menjadi sejarah.

Apapun keputusan 1 Jun 2011 nanti oleh FIFA, saya menyeru janganlah lagi diulangi sejarah lampau. Bak kata pepatah 'Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan'. Kita sangat-sangat berharap agar badan induk baru walau apa pun namanya, siapa pun penerajunya, tugas nombor wahid adalah membangun kembali bolasepak Brunei yang sedang berada dalam keadaan sangat 'parah'.

Jika diibaratkan sebagai seorang pesakit, bolasepak Brunei bukan sahaja memerlukan seorang 'doktor pakar' malah kesemua 'doktor pakar' yang ada dalam bidang masing-masing. Kita terpaksa bermula dari huruf A. Bermula dari tahap paling asas dan paling bawah. Seolah-olah sedang melatih anak damit berjalan. Tidak tahulah sama ada pihak-pihak yang sedang 'bertempur' untuk menjadi badan induk sedar atau tidak akan perkara ini. Saya pasti dan yakin jika mereka sedar akan beban dan tanggungjawab yang sedang menanti mereka, tiada seorang pun yang 'berselera' untuk memegang apa-apa jawatan.

Ianya bukan kerja seorang, atau dua orang, atau tiga orang, atau hanya sekumpulan orang. Tidak sama sekali. Ianya kerja semua pihak dari pihak berwajib yang menyediakan pra sarana dan polisi hinggalah kepada 'pembancuh oren' (merujuk istilah orang Brunei). Semuanya mesti berpadu dan berfungsi sebagai satu unit. Berfungsi seperti enjin sebuah kenderaan. Semuanya mesti berada dalam keadaan yang baik, memuaskan dan bergerak mengikut tanggungjawab masing-masing.

Kita sama-sama nantikan kesudahannya nanti.

Prof: Seperti janji saya, siapapun penerajunya nanti saya akan tetap kritis.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekarang era 2012, segala sukan di Brunei Darussalam mahupun bola sepak antara bangsa sudah mulai bangkit semula, dimana satu kejohanan telah pun di anjur kan di Brunei, yaitu Hassanal Bolkiah Trophie,yang membabit kan negara asean termasuk Malaysia ,kecuali Thailand yang menarik Diri,, Brunei telah berjaya memenangi kejohanan tersebut,,

setelelah berberapa minggu kemudian satu lagi kejohanan yang telah di sertai oleh Brunei, dimana Brunei telah menghantar sebuah Kelab yang bukan calang calang, DPMM FC untuk bberaksi di Liga Singapura, pada awal nya pihak yang tertentu ingin menghantar kelab tadi itu untuk menyertai Liga di Malaysia, tapi atas sebab ke lambatan, lalu mereka pun tidak berputus asa,untuk menghantar menyertai Liga-S..

bukan itu saja,, Brunei juga tlah pun menghantar Squad Bola Sepak bagi mewakili Negara selaku Brunei Darussalam untuk menyertai kejohanan Sukma 2012 Pahang Malaysia..

dan satu lagi kejohanan yang bakal di nanti nanti kan bagi seluruh negara asean,, yaitu AFF Suzuki Cup 2012, di mana Brunei telah pun menyertai nya dengan memula kan peringkat Qualifying, ini adalah titik pertama bagi merebut nama di mata Dunia..

Maju Sukan Untuk Negara ..

BRUNEI YAKIN!