Khamis, 22 April 2010

23APRIL 2010-PERJUMPAAN AHLI2 VFA - DI MANA SEMUANYA BERMULA?

Juara Kategori Masters 9th PSC International Soccer 7's di Pulau Pinang, Malaysia, penyertaan yg membawa kpd penubuhan VFA.

Bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas pada jam 2.30 petang , esok (Jumaat) akan berlangsungnya satu majlis perjumpaan ahli2 VFA buat pertama kalinya bagi meraikan mereka2 yg telah menyahut seruan utk menaung di bawah persatuan bola sepak veteran Brunei DS itu. VFA telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (R.O.S) pd 16hb November 2009 lalu.

Namun sebenarnya rentetan peristiwa membawa tertubuhnya VFA bermula lebih awal dari tarikh itu. Perlu saya catatkan semuanya di sini agar menjadi ristaan generasi akan dtg dan juga utk maklumat pembaca setia blog ini. Ianya bermula apabila saya menerima panggilan telefon dari Liew Chuan Fue yg membawa saya utk berjumpa dgn Zaini Tumih, Hj Mohd Rosaidi Hj Mohd Khamis dan Hj Mohd Rosanan Abdullah Samak. Kenapa Liew membawa saya bersama dlm pertemuan itu masih lagi menjadi tanda tanya di dlm benak fikiran saya.

Pertemuan berlangsung di salah sebuah restoran di Gadong, tarikhnya tidak berapa pasti namun mungkin sekitar Januari 2008. Setelah masing2 memulakan bicara tahulah saya bahawa Brunei Dragonfly (pasukan veteran yg terdiri dari pegawai2 AH United FC & rakan2) mengambil keputusan tidak akan menyertai PSC International Soccer 7'S utk tahun 2008 itu (setelah menjadi juara pd tahun 2007 & menyertainya sejak 2005) dan menasihatkan agar Liew Chuan Fue membentuk sebuah pasukan veteran dan mengambil peranan Brunei Dragonfly menjadi wakil Brunei DS dlm kejohanan itu, tetapi menurut Hj Mohd Rosanan, kategori Masters adalah paling sesuai kerana kurang mencabar berbanding kategori Veteran.

Jadi, apakah peranan saya hingga membuatkan Liew Chuan Fue membawa saya hadir dlm perjumpaan itu? Liew yg telah saya kenali beberapa tahun sebelum itu (melalui rakan karib saya Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat - org yg membawa saya ke dlm kegiatan kelab2 di Brunei DS melalui Kota Ranger FC dan DPMM FC) tahu benar di mana peranan yg boleh saya mainkan di dlm 'gagasan' ini iaitu membuat persiapan membentuk sebuah pasukan veteran yg akan dibawa menyertai kejohanan veteran di Pulau Pinang, Malaysia pd awal bulan Mac 2008.

Liew sebagai bekas ketua pasukan kebangsaan dpt mengumpulkan beberapa pemain veteran kategori Masters utk berkumpul & mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan. Sementara saya pula membuat perhubungan dgn pihak penganjur (tempahan hotel, tiket penerbangan & yuran kemasukan), merangka kertas kerja utk mendapatkan tajaan dari sykt2 swasta dan surat2 berkaitan dgn pihak2 tertentu utk urusan cuti tanpa catat pemain2. Di pendekkan cerita maka semua berjln lancar & kami mampu mendptkan 'budget' yg dihajati utk menampung segala perbelanjaan kami pergi/balik ke Pulaau Pinang (Liew juga banyak menambah dgn wang poketnya sendiri).

Satu majlis taklimat ringkas sebelum penerbangan ke Kuala Lumpur oleh mantan Setiausaha Agong BAFA, Pg Hj Metussin Pg Hj Metassan telah di atur di Restoran Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Sebelum acara bermula, Pg Hj Metussin (yg lebih mesra dgn panggilan PM) telah bertanyakan kpd saya, apakah pemain2 veteran ini pergi melalui sebuah kelab/pertubuhan, saya menerangkan bahawa mereka pergi atas dasar 'pasukan veteran' yg hanya dibentuk jika ada penyertaan ke luar negara. PM lantas mencadangkan agar sebuah persatuan utk pemain2 veteran ditubuhkan bagi memudahkan urusan2 berkaitan & dpt menjadi wadah mereka menjlnkan pelbagai kegiatan. Saya & Liew bersetuju dan sama2 berjanji utk melaksanakannya. Nasib menyebelahi kami apabila muncul juara Kategori Masters di kejohanan 9th PSC International Soccer 7'S 2008.

Beberapa bulan selepas itu, hasil perbincangan saya, Liew Chuan Fue, Ishak Hj Kabon, Ali Hj Ismail & Hj Zainol Ariffin Hj Jumaat maka dilangsungkan satu pertemuan secara tidak rasmi beberapa pemain2 bola sepak veteran bagi membincangkan penubuhan VFA. Jawatankuasa Penaja pun ditubuhkan selepas itu dan saya sendiri diamanahkan utk merangka draf perlembagaan persatuan, sementara Azamanuddin Hj Gillen pula mereka logo VFA. Setelah selesai draf perlembagaan itu maka kami bertemu beberapa kali sebelum memutuskan draf terakhir perlembagaan tersebut utk dihantar bersama permohonan rasmi kpd R.O.S. Permohonan dihadapkan pd Januari 2009. Akhirnya setelah melalui pelbagai perubahan atas nasihat R.O.S maka pd tanggal 16 November 2009 Persatuan Bolasepak Veteran (VFA) telah diluluskan pendaftarannya (dlm urusan ini kami sangat2 terhutang budi dgn Md Isa Hj Marsidi yg menjadi perhubung antara kami & R.O.S, beliau tidak jemu2 berulang-alik menghantar surat & menyampaikan mesej2 tertentu hingga tertubuhnya VFA. Hanya Allah SWT shj dpt membalas jasa beliau).

Selain itu, perlu juga saya nyatakan bahawa FFBD sebagai badan induk bola sepak di negara ini melalui Setiausaha Agongnya Sheikh Nordin Sheikh Mohammad turut memainkan peranan penting dlm mendokong segala kegiatan VFA terutama tatkala menghantar penyertaan ke luar negeri. Tanpa sokongan tidak berbelah bagi FFBD itu mustahil VFA dpt tertubuh dan berjalan hingga kini walaupun baru berusia beberapa bulan.

Kini VFA telah berjalan ibarat seorang anak damit, kami masih bertatih (belajar berjalan) dan dlm proses pembesaran itu sudah tentu ada kalanya kami terjatuh maka tolonglah pimpin dan bangunkan kami. Dalam proses utk belajar bercakap dgn betul, sudah pasti kami terkadang bercakap dgn cara anak damit, maka bantulah kami bagaimana cara bercakap dgn betul dan kami juga kadang2 makan pun sampai 'bejabih' (tidak pandai menyuap makanan dgn betul), jadi suapkanlah kami agar semua makanan dpt dihadzam menjadi tenaga utk kami berjalan & berfikir dgn waras dan matang, seterusnya menjadi warga dunia yg berguna & berbakti.

Pelbagai kegiatan telah dirancang oleh VFA sepanjang tahun ini dan yg utamanya ialah Liga Veteran Kebangsaan - Piala Presiden 2010 (Mei - Julai 2010) dan Brunei 7'S International Soccer Challange (awal Disember) serta penyertaan ke kejohanan2 di luar negeri spt di Johor (Jun), Selangor (Ogos), Kuala Lumpur (Oktober) dan Sabah (November). Kepada siapa2 yg belum menjadi ahli, maka sertainya VFA, bukan sahaja dapat bermain bolasepak kembali malah dpt juga bertemu rakan2 lama sewaktu kita masih muda2 dulu dan yg pasti dpt menjaga kesihatan tubuh badan. Badan cergas, otak pun pintar.

Prof: Terima kasih kpd rakan2 dlm VFA yg memberi kepercayaan kpd saya. Satu penghormatan yg tidak ternilai & akan dikenang hingga akhir hayat.

Tiada ulasan: