Rabu, 16 September 2009

VETERAN BRUNEI SERTAI BORNEO OPEN (KK) & S'PORE OPEN

Inilah piala kemenangan Borneo Open yg dimemangi di Kota Kinabalu, Sabah tahun 2008 lalu.

Ini pula pasukan yg menjuara Penang Open tahun lalu & sebhgian besar antara mereka akan menyertai ke Singapore 9's Invitation.

Pada 21 & 22 Nov. 2009 akan dtg ini skuad Brunei Veteran sekali lagi 'mengayau' ke luar negeri utk dua kejohanan jemputan yg mana diadakan pd tarikh yg sama tetapi kategori yg berbeza. Bagi kejohanan di Singapura ialah utk Singapore 9's Invitation anjuran Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) bagi kategori Masters (45 tahun ke atas). Manakala Borneo Open di Kota Kinabalu, Sabah pula utk kategori Terbuka (40 tahun ke atas) & utk kejohanan sulung pd tahun lalu Brunei Veteran telah muncul juara.

Sebaik shj umat Islam bergembira merayakan Aidil Fitri minggu hadapan maka AJK Penaja VFA juga akan sibuk utk menyiapkan kedua2 pasukan tersebut termasuk pemilihan pemain, latihan, tiket penerbangan, hotel penginapan, makan-minum, cuti tanpa catat bagi kakitangan kerajaan dan yg paling utama ialah mencari dana kewangan utk menampung kesemua keperluan.

Walaupun kedua2 kejohanan jemputan itu tidaklah sepenting kejohanan2 antarabangsa yg lain atau tidak mendpt liputan meluas media namun mempersiapkan sebuah pasukan secukupnya sudah menjadi kepentingan & tugas rutin kerana ianya mencerminkan keupayaan sebenar pasukan Brunei DS & juga cermin kpd sistem pengurusan yg kita amalkan selama ini.

Bagi Singapore 9's Invitation sebahagian besar pemain telah dipilih antaranya ialah Abrahan Hj Zaini, Liew Chuan Fue, Hj Ahmad Hj Mohin, Kasmi Hj Abd Hamid, Metussin Sumpong, Sidek Eya, Marzuki Salam, Abu Bakar Yassin, Roslan Yussof dan beberapa pemain lain lagi yg akan dipilih kelak (khbrnya Ali Hj Ismail tidak dpt menyertai mereka kerana isteri tercinta akan melahirkan cahayamata sekitar tarikh yg sama).

Sementara bagi Borneo Open pula mungkin akan mengekalkan sebahagian besar barisan tahun lalu spt Hj Rosanan Abdullah Samak, Mohd Brain Iman Abdullah Bothwell, Hj Rosaidi Hj Kamis, Jefri Mohamad, Sunny Mat Jerah, Puncha Gunong, Azmanuddin Hj Gillen, Sabtu Yahya, Hj Hassan dan mungkin ada perubahan di saat2 akhir bergantung kpd kesediaan pemain2.

Prof: Terpaksa memilih utk lokasi yg mana, Singapura atau Kota kinabalu? Hehehe....kalau ikutkan hati memang KK sebab kita menang dari segi tukaran wang...shopping ikan masin haha.

Tiada ulasan: